in

Data Kerajaan Dedah Ramai Rakyat Malaysia Dilahirkan Pada 31 Disember & 1 Januari Setiap Tahun

Ft Bayi Lahir Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) baru-baru ini telah melancarkan sebuah laman web pengkalan data yang membolehkan pengguna untuk menyemak bilangan orang yang berkongsi tarikh lahir yang sama.


Laman web yang boleh diakses oleh semua tersebut mempunyai interface dan dashboard yang boleh memaparkan pelbagai maklumat menarik di negara ini. Sebagai contoh, antara pencarian yang popular adalah pencarian tarikh lahir, kereta paling popular, trend penggunaan pengangkutan awam dan pelbagai lagi.

Salah satu yang menjadi perhatian ramai sejak ianya dilancarkan adalah pencarian tarikh lahir terkenal yang sehingga kini mendapat 144 ribu carian dan mempunyai data kelahiran bermula daripada tahun 1920 sehingga 2022.

Screenshot 2023 09 18 114438

Lebih menarik, pengguna boleh mencari berapa ramai atau ‘popular’ tarikh lahir mereka dan berapa ramai yang berkongsi tarikh yang sama dan contohnya, pencarian kadar kelahiran pada tarikh 12 Februari adalah seramai 1,270 orang dan tarikh paling ramai bayi dilahirkan adalah pada 31 Disember dan yang paling jarang adalah 25 Jun.

Pun begitu, menurut laman web berkenaan, data untuk tahun 2023 hanya akan tersedia apabila tahun ini berakhir.

Artikel berkaitan : “Macam pakai lipstik” – [VIDEO] Tular Bayi Baru Lahir Miliki Wajah Cantik

Artikel berkaitan : Guru Di Sarawak Teruja YDPA Tolong Pilihkan Nama Anak, Siap ‘Frame’ Lagi!

Pelancaran laman web itu dijangka mencetuskan rasa ingin tahu di kalangan rakyat Malaysia yang berminat untuk mengetahui berapa ramai individu berkongsi tarikh lahir mereka.

Selain tarikh lahir, antara pencarian terbanyak selepas laman web berkenaan dilancarkan adalah penjualan model kereta dan jenama yang terkenal di Malaysia. Setakat data yang dikumpulkan pada tahun 2023, model yang paling popular adalah Perodua Bezza, diikuti oleh Myvi dan Axia.

MAMPU ditubuhkan berikutan laporan ‘Pentadbiran Pembangunan di Malaysia’ oleh Prof John D. Montgomery dan Milton J. Esman.

Sumber : data.gov.my

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.