in

“Macam pakai lipstik” – [VIDEO] Tular Bayi Baru Lahir Miliki Wajah Cantik

Ft Bayi Ada Lipstik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekerja di bidang apa sekalipun, pastinya setiap hari akan ada perkara baharu atau pengalaman baharu yang akan ditempa oleh seseorang. Begitu juga kisah yang dikongsikan oleh seorang pakar perubatan ini.


Kisah telah dikongsi oleh seorang pakar perubatan di Turkmenistan selepas selesai menyambut kelahiran seorang bayi perempuan baru-baru ini telah tular gara-gara bayi yang disambutnya.

Menerusi perkongsian Dr Aygün Hamidova di akaun TikToknya @el_doktorius, ia telah meraih perhatian ramai dan sehingga kini, video tersebut telah menerima 18 juta tontonan dengan hampir 800 ribu sukaan.

Screenshot 2023 09 14 130513 Horz

Pada awalnya, video tersebut kelihatan ‘biasa’ iaitu pertemuan pertama ibu dengan seorang bayi yang baru dilahirkan. Namun, ada perkara yang berlainan pada wajah bayi tersebut yang telah  mengundang pelbagai reaksi netizen.

Artikel berkaitan : “Hasan duduk macam ni, tengok ayah” – Telatah Seorang Bapa Mengajar Bayi Meniarap Jadi Tumpuan

Artikel berkaitan : “Macam tu je rupanya…” – Doktor Kongsi Cara Senyapkan Bayi ‘Newborn’ Menangis

Mana taknya, wajah bayi berkenaan terlihat sangat cantik dan ada yang mengatakan wajahnya kelihatan seakan-akan orang dewasa dan ada yang mengatakan dia seolah-olah memakai gincu dan juga pembayang mata.

@el_doktorius #uzmdraygunaltun ♬ orijinal ses – Aygün Hamidova

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan bayi berkenaan yang dianugerahkan kecantikan semulajadi dari kecil sehinggakan ada yang tak sabar ingin melihat kecantikannya apabila meningkat dewasa nanti.

Tidak kurang juga beberapa pengguna yang mengatakan wajah bayi tersebut kelihatan matang dan menerusi satu posting di Instagram, doktor tersebut turut memuat naik video bayi berkenaan dengan kapsyen berseloroh mengatakan bayi tersebut sempat mengenakan solekan sebelum lahir ke dunia.

Sumber : TikTok 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.