Sebuah kereta Perodua Axia berwarna putih mencetuskan tanda tanya netizen apabila dilihat membuat pusingan beratus kali di sebuah bulatan di Kluang, Johor.
Menerusi video tular yang dikongsikan di media sosial, kelihatan Axia berwarna putih itu mengelilingi Bulatan Mahkota sambil menyalakan isyarat double signal.
Turut kelihatan beberapa anggota polis berada di lokasi berkenaan bagi mengawasi dan mengawal keadaan.
Menerusi maklumat yang dikongsikan, pihak polis berjaya menghentikan tindakan pemandu kereta berkenaan dari terus membuat pusingan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kereta Terbabas Masuk Semak, Cara Wanita Ini Tenangkan Diri Buat Netizen Tergelak
“Kejadian sebuah kereta Axia berpusing di Bulatan Mahkota beratus kali. Pihak polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang telah berjaya menghentikan kereta tersebut.
“Punca kejadian masih belum diketahui,” tulisnya.
@kluangharilni Kejadian Sebuah Kereta Axia Berpusing Di Bulatan Mahkota Beratus Kali, Dari Pagi Hingga Malam. Pihak Polis Dari IPD Kluang Telah Berjaya Menghentikan Kereta Tersebut. Punca Kejadian Masih Belum Diketahui. #InfoKluang #KHi
Netizen dakwa nampak pemandu pusing bulatan dari pagi
Rata-rata netizen yang melihat kejadian terbabit turut berasa bingung kerana pemandu kereta Axia itu didakwa bertindak sedemikian sejak dari pagi.
Malah, ada yang mendakwa pemandu Axia putih itu adalah seorang warga emas yang berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan mental.
Beberapa pengguna turut berkongsi rakaman video kelibat kereta berkenaan ketika melalui bulatan tersebut pada waktu siang.
Ada juga yang prihatin dengan cuba mengikuti dan membunyikan hon kerana bimbang jika pemandu terbabit ada masalah kesihatan.
Setakat artikel ini ditulis, belum ada lagi sebarang laporan daripada pihak polis.
Mujur, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Facebook