in

“Dari awan biru ke kaca TV” – Syarikat Produksi Offer Pramugara Dan Pramugari Yang Hilang Kerja Jadi Pelakon

Dd 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak wabak Covid-19 melanda dunia, ramai yang terkesan sehingga ada yang hilang pekerjaan.



Turut terkesan industri penerbangan yang terpaksa memberhentikan sejumlah besar pekerja mereka akibat aktiviti penerbangan yang diperlahankan.

D2 1

 

Kru kabin boleh cuba nasib jadi pelakon

Namun rezeki Tuhan itu tidak pernah tertutup. Terbaru, sebuah syarikat produksi, Radius One Sdn Bhd membuka peluang kepada bekas kru kabin syarikat penerbangan yang diberhentikan kerja untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan. Wah bestnya!

Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin dalam satu posting di Instagram miliknya memberitahu mana-mana bekas kru kabin yang berminat dengan tawaran itu menghantar profil masing-masing kepadanya.

Pihaknya juga akan mengadakan sesi uji bakat secara dalam talian dan bagi yang berjaya bakal berpeluang menjadi pelakon drama terbaru terbitan syarikat produksi itu.

D1 2

 

Demand stesen tv untuk wajah baru

Dia menyatakan hasrat murninya ini berikutan ramai dalam kalangan mereka kehilangan pekerjaan, baru-baru ini, ujarnya pada pihak Harian Metro.

“Semalam, saya bersama pengurusan Radius One berbincang untuk merekrut wajah baharu dalam bidang lakonan. Ia berikutan saranan pihak stesen televisyen baru-baru ini yang mahukan wajah segar dalam bidang lakonan.”

“Kami mencari bakat baharu yang memiliki aura atau faktor X untuk diketengahkan. Siapa tahu, bakat baharu yang mencuba nasib itu boleh jadi seperti Mira Filzah dan Syafiq Kyle,”

D4 2

 

Buka peluang untuk semua orang

Bagaimanapun, Shahrulezad atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Budak Ijat itu memberitahu pencarian bakat baharu itu bukan khusus untuk bekas kru kabin syarikat penerbangan saja, malah terbuka kepada semua orang yang berminat.

“Jangan salah faham, saya muat naik pencarian itu di media sosial menggunakan foto kru kabin hanya sebagai contoh bagi menjelaskan situasi yang berlaku ketika ini. Kami amat bersimpati dengan nasib menimpa mereka dan mahu membuka peluang kepada mereka mencuba nasib jadi pelakon.

“Tiada kuota ditetapkan untuk sesi uji bakat itu. Ini kerana kami akan terus menerbitkan drama selepas ini dan mencadangkan nama yang terpilih untuk dipertimbangkan stesen televisyen,”

D3 2

 

Sebelum ini, Shahrulezad yang merupakan pengarah bagi drama Nur dan Nur 2 telah berjaya memikat hati peminat dengan karya agungnya itu sehingga dianugerahkan Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) di Anugerah Skrin 2018.

 

Wah seronoknya boleh jadi perlakon. Yang penting kita kena sentiasa yakin dengan rezeki Tuhan. Okay lah min pun nak cuba ujibakat lah. Mana tahu dapat berlakon dengan Ayda Jebat ke kan.

Baca: “See you again beautiful skies!” – Krew Malindo Air Muat Naik Gambar Kenangan & Kapsyen Signing Off

D5

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.