in

Dari Alam Sebelah – Ibu Perjelas Ilham Beri Anak Nama Panjang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh di media sosial apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengiktiraf nama Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian sebagai nama yang terpanjang pernah didaftarkan di JPN pada tahun lalu. Wuish panjang baq hang nama!


Sumber: Twitter

Susulan dari viralnya nama tersebut, ramai di kalangan netizen mula beri pandangan masing-masing sampaikan ada yang kata payahlah bakal suami budak ni nak akad nikah nanti masa nak kahwin.

 

Nama dari alam sebelah

Namun menerusi posting di Facebook semalam, ibu kepada Princess Aura yang dikenali sebagai Puteri Tujuh beri penjelasan atas sebab kenapa dia beri nama panjang-panjang kepada anaknya.

Sumber: Facebook

Kata Puteri Tujuh, bukan Princess Aura je ada nama panjang. Anaknya yang lain pun ada nama panjang jugak tau. Dan bagi korang yang tak tahu, si ibu ni dapat ilham nama Princess Aura dari alam sebelah! Fuh ini luar biasa ni…

“Hari ini dapat call dari Jabatan Pendaftaran Negara yang meminta kebenaran untuk merekodkan nama anak-anak Puteri Tujuh sebagai nama yang terpanjang. Sekaligus mendapat tempat pertama World of Records untuk mereka umumkan. 

“Prince Muhammad Ahmad Ashrafi Auliya Alfarezel Rasya Sidra

“Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra

“Menjadi perhatian dunia berkat nama dari alam sebelah…” katanya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

 

Tak henti-henti terima mesej dari netizen yang tak puas hati

Malah Puteri Tujuh juga akui dalam satu posting Facebook semalam yang dia terima banyak mesej dari netizen yang anggap dia sengaja beri nama anak panjang untuk mencari publisiti.

“Nama anakanda Puteri Tujuh jadi viral bukan disebabkan puteri sendiri yang viralkan. Yang viralkan tu kalian sendiri. Sendiri viral, sendiri membebel. Sendiri pula menganjing, sendiri pula puji diri sendiri dan sebagainya,” kata Puteri Tujuh.

 

Nama ada kena mengena dengan susur galur keluarga

Pada masa yang sama, ibu Princess Aura jugak tak mahu orang lain kaitkan nama anaknya dengan penglibatan aktiviti ‘paranormal’ dan spiritual yang telah dia lakukan selama ni.

Sumber: Facebook

“Nama tersebut mempunyai maksud tersendiri dan makna tersendiri di sebalik 7 bulan dalam kandungan Puteri Tujuh. 

“Semoga Allah melindungi anakanda Puteri Tujuh walau di mana mereka berada kerana dunia akan tahu inilah legasi susur galur keturunan Puteri Tujuh. Amin,” katanya lagi.

Letaklah nama apapun kepada anak. Yang penting mesti ada makna yang baik-baik dan senang nak sebut oleh orang lain. 

Baca: Viral Video Tarian Pelik Bukti Rakyat Malaysia Tertekan?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.