in

“Darah keluar dekat belakang Hilux tu..” – Ramai Bengang Penjual Selamba Bawa Daging Babi Terdedah Macam Ni…

Bawa Daging Babi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral gambar sebuah kenderaan bawa daging babi di kawasan Segamat, Johor menaikkan kemarahan ramai orang kerana sensitiviti agama. Seorang lelaki telah ambil sendiri gambar tersebut dan upload dekat Facebook.


Assalamualaikum, nak tanya la tak ada ke tindakan ke atas perbuatan macam ni? Bila **** buat kepala macam ni la. Tak fikir ke orang naik motor? Dengan darah air babi macam tu, dengan tak bertutup? Tolonglah ambil tindakan, dibiarkan lama-lama pijak kepala…”

Gambar tu menunjukkan sebuah Hilux berwarna putih dengan bahagian belakang penuh berisi daging dipercayai daging babi tanpa ditutup dengan apa-apa. Belakang tu pun boleh nampak kesan tompokan darah.

Hilux Babi 1

Hilux Babi 2
sumber: facebook

Posting tu sehingga kini dapat lebih 2,200 shares dekat Facebook dan rupanya dah ramai nampak Hilux ni atas jalan bawa daging babi macam tu. Tak pasti lokasi sebenar perkara ni berlaku, tetapi ada beberapa netizen yang komen tentang pengalaman dorang masa nampak Hilux tu.

Netizen Nampak 1

Netizen Nampak
sumber: facebook

Menurut lelaki yang ambil gambar ni, dia tidak berpuas hati dengan sikap penjual daging babi tersebut yang tak jaga sensitiviti kaum dan agama. Mana tidaknya, katanya darah daging babi tu mengalir keluar dari Hilux dan tidak mustahil boleh terpercik dekat penunggang motor yang lalu dekat sebelah.

Dia juga berharap akan ada pihak berwajib yang ambil tindakan bukan je dekat pemandu Hilux ni tapi juga pada mana-mana individu yang ambil remeh tentang isu macam ni.

Ambil Tindakan
sumber: facebook

Tapi, ada seorang netizen yang bagi pendapat dekat ruangan komen that sepatutnya kita sebagai Islam tak maki hamun atau bersangka buruk. Katanya pergi tegur atau minta dia tutup daging tu ke sebab mereka mungkin tak ada pengetahuan penuh pasal Islam dan daging babi.

Komen Baik
sumber: facebook

Pada admin first kita tegur dulu, kalau dorang buat tak endah je then pergi report. Apa pendapat korang? 

Baca: “C*laka punya orang…” – Pakcik Tua Dibelasah, Kena Paksa Makan Daging Babi Depan Orang Ramai

Paksa Makan Babi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.