in

Dapat Upah RM 1,000, Polis Dicekup Jadi ‘Cable Dalam’ Ejen Jual Kenderaan Untuk Samun Balik Lepas Kereta Dah Dibeli

Poliskomplot2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anggota polis sendiri yang lakukan jenayah samun! 3 anggota tersebut berkomplot dengan ejen jualan kenderaan untuk curi semula kereta yang sudah dijual.


Ketua Polis Daerah, Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima laporan daripada lelaki warga asing berusia 49 tahun, Ahad lalu.

Dia telah disamun pada jam 6 petang ketika berada di di Jalan PJU 1A/54, Ara Damansara bersama lelaki yang bekerja sebagai ejen jualan kenderaan Singapura, lapor Harian Metro.

 

Belakon kena tahan polis

Tiba-tiba ada dua lelaki memakai vest polis menghampiri mereka dan terus menahan ejen itu, kereta Audi yang dibeli mangsa juga dibawa lari.

“Bertindak atas laporan itu, jam 11.20 malam kelmarin, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat serbuan di bilik sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang.”

Hasil serbuan itu menahan lelaki berumur 28 tahun iaitu ejen kenderaan terbabit bersama wanita berusia 28 tahun bersama wang tunai RM20,000 disyaki hasil jualan kereta itu serta pelbagai barangan lain turut dirampas.

Terdapat juga 11 biji pil erimin 5, 14 biji pil berwarna coklat dan pil hijau disyaki dadah bersama Perodua Alza dan kereta jenis Volkswagen telah dirampas.

“Hasil siasatan membawa kepada penangkapan dua anggota polis berusia 34 dan 51 tahun di perkarangan IPD Kuala Muda, Kedah jam 12.10 tengah hari semalam. Susulan itu, polis kemudian membuat serbuan ke atas sebuah rumah teres di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.”

Hasil sebuan itu 4 lelaki dan 2 wanita warga asing tersebut berusia 30 hingga 54 tahun. kereta Audi TT milik mangsa juga telah ditemui dan turut merampas dadah.

Eqeru1Uuyaeqmvm

 

Upah RM 1,000

Tambah Nik Ezanee, ejen terbabit mengupah RM1,000 kepada anggota polis terbabit untuk berkomplot dengannya melakukan kegiatan ini.

“Siasatan awal mereka sudah melakukan kegiatan ini beberapa kali dengan menyasar mangsa warga asing yang membeli kereta dari Singapura.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan mereka kini direman bagi membantu siasatan.

 

Baca : Lagi Kes Polis ‘Pow’ Orang, Minta RM 20K Kalau Tak Nak Ditangkap Beli Nombor Ekor

Pow2 1

 

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.