in

“Dapat tahu dari media” – Belum Terima Pemberitahuan Rasmi, TokTi Akur Dikompaun RM10k

Collage 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi nombor satu negara baru-baru ini telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika mengadakan majlis tahnik anak keduanya yang dijalankan pada bulan lepas.


Datuk Seri Siti Nurhaliza mengatakan dia dan suami akur dengan keputusan yang diberikan oleh pihak berkuasa dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, Siti mengesahkan yang dia masih belum menerima pemberitahuan rasmi dari pihak berkuasa dan hanya mendapat tahu perkara ini dari media.

Kami hanya mendapat tahu menerusi berita dan dimaklumkan pihak media mengenai kompaun dikenakan. Kami belum mendapat pemberitahuan secara rasmi daripada polis.

“Apapun, kami hormat dan akur dengan apa juga yang diputuskan pihak berkuasa dan berharap semua ini selesai dengan baik.”

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed mengatakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli, penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.

Selain itu, tiga anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Muhammad Adif Khalid, Muhammad Aazief dan Muhammad Asyraf turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.

Sebelum ini, pihak polis telah membuka siasatan ke atas penyanyi ini selepas gambar majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa tular di media sosial dan menjadi persoalan netizen bila melihat Ustaz Azhar Idrus hadir ke majlis tersebut walaupun tinggal di Terengganu.

 

Baca: “Bukan aku nok gi sangat” – Ustaz Azhar Idrus ‘Buka Mulut’ Isu Rentas Negeri Untuk Tahnik Anak Siti

Screenshot 2021 05 28 At 4.59.45 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.