in

“Bukan aku nok gi sangat” – Ustaz Azhar Idrus ‘Buka Mulut’ Isu Rentas Negeri Untuk Tahnik Anak Siti

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tindakan penceramah bebas dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus telah dipersoal selepas ada yang mendakwa dia telah melanggar SOP merentas negeri untuk hadir ke majlis tahnik anak kedua Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur.


Ekoran dari kontroversi ini, pihak polis dikatakan akan memanggil penganjur majlis tersebut bagi menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Sementara itu, satu rakaman tular di media sosial menunjukkan Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kedatangannya ke rumah Siti Nurhaliza adalah kerana menghormati persahabatannya dengan suami penyanyi ini, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Menurut pendakwah dari Terengganu ini, dia dan Datuk K telah pun berkawan sejak tahun 2018 dan telah dipelawa untuk datang ke rumah sebanyak dua kali sebelum ini namun semuanya tak dapat untuk dipenuhi.

Pun begitu, bila dia ke Kuala Lumpur sekali lagi atas urusan kerja, pendakwah ini mengatakan yang dia tak mampu untuk tolak pelawaan Datuk K lebih-lebih lagi selepas dia diminta untuk mendoakan anak lelaki mereka yang baju sahaja lahir.

Saya bukan berkawan dengan artis tapi Datuk K ni saing kita dah tiga tahun. Tiga kali dia minta mari bila datang Kuala Lumpur.”

Tambah Ustaz Azhar Idrus lagi, dulu ketika dia sakit, Datuk K pernah datang dari Kuala Lumpur untuk datang menziarahinya, kebaikan tersebut belum sempat dibalas.

Kebetulan rumah mak mentua belakang rumah tu saja. Bukan aku nok gi sangat, tapi sebab member.”

Selain Ustaz Azhar Idrus, beberapa tetamu yang terkenal turut hadir ke majlis tersebut termasuk, Menteri Agama, Zulkifli Mohamad, Ustaz Don Daniyal dan imam masjid Bukit Mulia, Ustaz Iqbal.

 

Baca: Majlis Tahnik Anak Tokti Didakwa Langgar SOP, Pihak Polis Akan Panggil Penganjur Bagi Bantu Siasatan

Ctdk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.