in

Dapat Derma Orang Ramai, Engku Emran ‘Cabar’ Syed Saddiq Kongsi Data Strava Larian 200KM Dari Muar Ke Parlimen

syaz ft 2024 07 11T122140.474

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, isu acara triathlon yang disertai oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjadi bualan ramai susulan ada individu yang mendakwa dia tidak menghabiskan perlumbaan itu tetapi masih mendapat podium.

Dia bagaimanapun menafikan perkara itu dan menjelaskan perkara sebenar yang dikatakan sebagai honest mistake.


Artikel berkaitan: “Saya tangkap gambar dengan..” –  Dituduh Bercinta Dengan Fiza Halim, Engku Emran Beri Penjelasan

Artikel berkaitan: “Dari tempat ketiga jadi DNF?” –  Syed Saddiq Perjelas Status ‘DNF’ Dalam Triathlon Desaru 2024

Susulan itu, ahli perniagaan yang aktif di media sosial, Engku Emran mencabar Ahli Parlimen Muar itu untuk kongsikan data aplikasi Strava berkenaan lariannya dari Muar ke Parlimen tempoh hari di salah satu posting Syed Saddiq.

Menurutnya, ianya jauh lebih penting dari acara triathlon itu kerana larian 200KM itu melibatkan wang yang didermakan oleh orang ramai.

image 3

“Okay maaf diterima. Awak patut kongsi butiran Strava berkenaan larian 200KM itu juga. Saya percaya ia lebih penting untuk kredibiliti awak kerana orang derma duit,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi Instagram miliknya, bekas suami Noor Nabila itu sedar bahawa ada beberapa peserta amatur yang menipu dalam perlumbaan maraton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by In Safe Hands (@narumkamek)

Malah, dia juga berkata komuniti Strava sentiasa akan memburu sesetengah pihak yang cuba memanipulasi keputusan memandangkan ia tidak sama seperti di dalam parlimen.

Sumber: Instagram (1)(2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.