in

“Saya tangkap gambar dengan..” – Dituduh Bercinta Dengan Fiza Halim, Engku Emran Beri Penjelasan

Emran 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pernah viral satu video di TikTok, usahawan terkenal Engku Emran didakwa sedang bercinta dengan pelakon dan bekas kumpulan Elite, Fiza Halim.


Video tersebut memaparkan gambar Engku Emran sedang duduk bersama dua orang remaja perempuan yang dikatakan anak kepada Fiza Halim

Sejak dari itu, ramai netizen mula membuat spekulasi dirinya sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon itu.

@zayan.my

Allahu, akibat gambar dan komen yang tak berasas, Engku Emran difitnah sebegitu ? #ZAYANshare #EngkuEmran #Kahwin #Cinta

♬ Sad piano ballad (moist / BGM)(936730) – TrickSTAR MUSIC

Namun begitu, menerusi satu interview Engku Emran bersama radio Zayan baru-baru ini, dia telah memberi penjelasan tentang khabar angin itu.

Menurut Emran, dua remaja yang ada dalam gambar itu adalah anak kepada rakannya dan tiada kaitan dengan pelakon tersebut. Oleh sebab gambar itu sahaja ramai orang telah memberi kecaman sehingga ada yang menggelar dirinya Wedding Ring Collector dan lelaki yang Red Flag.

Artikel berkaitan: Viral Gambar Dengan 2 Remaja, Netizen Spekulasi Engku Emran & Fiza Halim Bercinta?

Artikel berkaitan: “Jangan buat fitnah” – Erra Fazira Nafi Tahu Punca Cerai Engku Emran & Noor Nabila

Emran memaklumkan, rakannya itu berkahwin dengan orang dari negara Czechoslovakia. Oleh itu, dua orang anaknya itu berdarah kacukan.

Bulan puasa dia datang ke Malaysia.. Saya jamu dia buka puasa di rumah saya. Kebetulan isteri dia tak ada hanya ada dua anak dia sahaja.

Saya ambil gambar dengan anak dia dua orang dan kawan saya ni upload gambar tu di Facebooknya. Daripada situ orang buat cerita.. Engku Emran dengan sekian-sekian..

Kesal dengan tuduhan sebegitu, Emran tertanya-tanya mengapa masyarakat kita sangat mudah percaya perkara yang tidak berasas sebegitu. Bukan itu sahaja ketika isu ini sedang viral, Emran juga ditanya oleh arwah ibunya.

Masyarakat kita ni macam mana? Pasal komen yang tidak berasas tu orang boleh buat cerita. Masa arwah ibu saya masih hidup.. Dia mesej saya tanya, Apa lagi ni Emran?

Dia menambah, isu seperti itu masih lagi boleh diterima olehnya tetapi bagaimana jika ibu, ayah dan anaknya ingin menghadapi situasi seperti itu.

Dalam video yang sama, Engku Emran memberitahu dia tidak selesa berkongsi masalah dengan rakan sendiri tetapi lebih suka mencari orang berpengalaman untuk mendapatkan nasihat.

Sumber: Zayan

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.