in

Dapat Dana Kerajaan Untuk Buat Konsert, Ada Yang Tak Puas Hati Dengan Aina Abdul?

Aina Abdul Dana Kerajaan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Komunikasi dan Digital telah pun menyerahkan Dana Kandungan Digital (DKD) bagi kategori Dana Filem Cereka, Dana First Time Amateur Filmmaker (FAME), Dana Persembahan Muzik serta Dana Promosi dan Pemasaran Antarabangsa kepada 39 penerima.


Dana ini bertujuan membantu serta merancakkan industri kreatif tempatan, namun salah satu penerima Dana Persembahan Muzik mengundang perdebatan di antara netizen.

Artis yang dimaksudkan ialah penyanyi hebat tempatan, Aina Abdul yang bakal membuat konsert A Night With Aina Abdul 3.0 , dengan dana yang diberikan oleh kementerian.

Konsert yang bakal berlangsung 18 November itu bakal diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur, ia merupakan konsert solo ketiga pemenang Anugerah Juara Lagu itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Pun begitu, ada netizen yang merasakan Aina Abdul tidak sepatutnya mendapat dana kerajaan itu memandangkan namanya sudah besar.

Cats 38

 

Bagaimanapun, ramai juga yang menyangkal kenyataan netizen itu dan menganggap Aina Abdul selayaknya mendapat dana itu, memandangkan dia seorang artis yang bermula dari bawah serta memiliki syarikatnya sendiri.

Cats1 1

Setakat artikel ini ditulis, pihak Aina Abdul serta kementerian tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu ini.

Jangan gaduh-gaduh guys, enjoy je the music!

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.