Keputusan pengesahan tentang perceraian antara pasangan pempengaruh Siti Jamumall dan suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus akan diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 22 September depan.
Hakim Syarie, Fairus Jaafar menetapkan tarikh itu selepas mendengar keterangan daripada Khairul Aiman, 22, atau lebih dikenali sebagai ‘Aiman Tak Kesah’ selaku plaintif dan Siti sebagai defendan.
Artikel berkaitan : “Sampai termuntah” – Dato Vida Rawat Siti Jamumall Guna Ayat Al-Quran
Artikel berkaitan : “Saya tak tahu kenapa buat live” – Suami Siti Jamumall Sangkal Dakwaan Lafaz Cerai Hanya Gimik
Disebabkan itu, ibu kepada Siti Jamumall iaitu Norizan Jaaffar meluahkan rasa terkilan dengan sikap dan tindakan Aiman yang begitu mudah melafazkan cerai.
Dakwanya menerusi TikTok, jumlah talak yang dibuat oleh Aiman telah dibuat selama 7 hari dalam masa setahun usia perkahwinan mereka.
@norizanjaaffar Buat keluarga kami mcm tk ada maruah..siapa yg tk marah..
“Kalau nak dihitung, 7 talak Aiman bagi dekat Siti dalam setahun. Sebagai mak, saya amat kesian pada Siti. Sarat sangat dah, tunggu masa saja. Buat keluarga kami macam tiada maruah. Siapa yang tak marah.”
“Saya dengar, Aiman menyesal atas apa yang terjadi. Sebab dia tahu, untuk mendapatkan Siti balik sangat tipis. Dalam usia kandungan Siti 3 bulan, dia lafaz cerai talak 1.”
“Dalam usia kandungan Siti 5 bulan, selepas rujuk seminggu, diceraikan lagi. Konon cakap sayang, atau ada udang di sebalik batu? Kalau sayang tak lah macam tu.”
Bagaimanapun, Norizan Jaaffar menyerahkan segala keputusan kepada pihak mahkamah biarpun dia dapat jangkakan harapan untuk anak dan menantunya bersatu semula itu tipis.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Jun tahun lalu di Satun, Thailand.
Ini merupakan perkahwinan kedua Siti yang sebelum ini pernah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, berusia lima tahun dan Putra Aiman Zafran, tiga tahun.
Sumber : Sinar Harian, TikTok