in

“Dalam video boleh pula cakap bm” – 4 Lelaki Mengaku Tak Bersalah Cari Pasal Dengan Polis, Alasan Tak Faham BM Masa Prosiding

Polis4

Minggu lepas, viral di media sosial apabila ada 4 individu dikatakan menghalang anggota polis menjalankan tugas di Plaza Tol Slim River. Dalam video itu, dilihat salah seorang daripadanya sengaja menolak polis dan seolah-olah cuba mencabar anggota polis tersebut dengan menarik zip ves.

 

Mabuk, park kereta tepi jalan & pasang muzik kuat-kuat

Video berdurasi seminit 17 saat itu dilihat perakam memaki hamun angggota polis dan rakannya cuba tanggalkan ves polis tersebut untuk ajak bergaduh.

Menerusi laporan Sinar Harian, kejadian berlaku di Plaza Tol Slim River sekitar jam 3.30 pagi pada 16 Okterber 2020 lepas. 4 lelaki itu dikatakan mabuk dan sedang parkir kereta di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima aduan dan unit peronda MPV Ibu Pejabat Polis (IPD) Muallim kemudiannya dikerahkan ke tempat kejadian dan setiba di lokasi tersebut.

Selepas ke tempat kejadian, pihak polis yang cuba menasihati mereka agar beredar dan tidak membuat bising itu dimarahi dan 2 daripada mereka kemudiannya mengamuk dan menyerang dengan menolak badan anggota tersebut serta mengeluarkan kata-kata kesat.

Namun, mereka telah ditahan pada hari yang sama.

 

Mengaku tak bersalah, alasan tak faham BM masa prosiding

Namun begitu, keempat-empat tertuduh, P. Panneerselvan, 32, S. Vijandran, 41, A. Sivakumar, 28, dan R. Durai Raaj, 25, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Slim River semalam atas pertuduhan menghalang penjawat awam iaitu polis. Lapor Bernama.

Eloqgg0Vcaadt 3

Menurut sumber lagi, pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Nurul Hidayah Ismail.

Ini kerana pada prosiding 20 Oktober lepas, tiada pengakuan dibuat antara mereka kerana kesemuanya tidak faham  bahasa Melayu dan mahkamah menetapkan semalam (26 Oktober 2020) untuk memanggil jurubahasa.

 

Dalam video boleh pula cakap bahasa melayu – Netizen

Polis5 Polis6 Polis7

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Durai Raaj (individu yang menolak anggota polis) turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap polis Muhd Syahrul.

Bagi pertuduhan itu, Durai Raaj didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 Nov untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam.

 

Baca : Insiden Kereta Peronda Dilarikan, Polis Siasat Kecuaian Anggota Namun Tiada Yang Digantung Kerja

Pkeretapolis

Sumber: Bernama