in

Insiden Kereta Peronda Dilarikan, Polis Siasat Kecuaian Anggota Namun Tiada Yang Digantung Kerja

Mpv3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, sebuah kereta MPV polis berjaya dilarikan oleh dua beradik dengan menyamar sebagai anggota polis bahagian Sumber Teknologi Maklumat di IPD Seberang Prai, Penang.

Namun kesemua suspek iaitu kedua-dua beradik tersebut bersama seorang wanita telah ditahan untuk siasatan.


 

Mudahnya mereka menembusi sistem mereka. Tak perlukan ID ke?

 

Sehubungan itu, pihak polis masih menjalankan siasatan dalaman merangkumi pelbagai aspek termasuk kecuaian berhubung insiden kereta peronda (MPV) pasukan keselamatan itu dilarikan dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang. – Lapor Berita Harian

Walau bagaimanapun, tiada anggota yang digantung tugas.

 

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata

“Kita masih menjalankan siasatan mengenai kes MPV polis dilarikan itu.”

Mengikut siasatan terkini, tiada anggota yang digantung kerja.”

Menurut sumber, anggota berpangkat sarjan yang bertugas semasa kejadian sebagai penyelia MPV tak mengesyaki apa-apa terhadap dua beradik berkenaan.

 

Harap lepasni kawalan lebih diperketat. Siapa lagi kita nak bergantung kalau polis pun cuai.

 

Baca : “Curi sebab nak showoff dekat gf” – Dua Beradik Menyamar Nak Check Dashcam Sebelum Bawa Lari MPV Polis

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.