Baru-baru ini menerusi Twitter Pusat Ramalan Cuaca Eropah (ECMWF) memberitahu lapisan ozon di bumi ini semakin pulih,terutama lubang besar di kawasan Artik itu dilaporkan semakin menutup.
Kajian ini hasil kerjasama, Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) dan Perkhidmatan Pemantauan Atmosfer Copernicus (CAMS)
Menurut CNN, lubang ozon di Artik itu telah terbentuk dari awal tahun ini dan apa yang mengejutkan ianya merupakan lubang yang terbesar yang pernah direkodkan.
Lubang lapisan ozon Artik ini, mencapai kawasan seluas lebih dari 620,000 batu persegi
Kawasan berwarna ungu itu adalah kawasan lubang yang dikatakan, besarkan!
The unprecedented 2020 northern hemisphere #OzoneHole has come to an end. The #PolarVortex split, allowing #ozone-rich air into the Arctic, closely matching last week's forecast from the #CopernicusAtmosphere Monitoring Service.
More on the NH Ozone hole➡️https://t.co/Nf6AfjaYRi pic.twitter.com/qVPu70ycn4
— Copernicus ECMWF (@CopernicusECMWF) April 23, 2020
Seperti yang kita lihat, pusaran yang berlaku dalam klip ini menunjukkan lapisan ozon itu semakin lama semakin tertutup. Walaupun ia akan mengambil masa, mereka yakin dengan pemulihan ini masalah pemanasan global dapat diatasi.
Apa kaitannya dengan Malaysia?
Jika lapisan ozon ini masih berlaku di kawasan Artik, pencairan ais akan terjadi dan ianya menambah jumlah kuantiti air di dalam bumi.
Selain itu, ozon adalah lapisan penting yang melindungi bumi daripada hentaman meteor kecil serta berfungsi menyerap radiasi ultra ungu daripada cahaya matahari.
Tanpa ozon, susah untuk kita meneruskan kehidupan, jagalah alam sekitar kita selepas habis PKP ye.
Baca: Mampu Musnahkan Dunia, Asteroid Gergasi Hampiri Bumi Pada Jarak Selamat Esok, 29 April!