Berbeza dengan ibunya, Nur Edlynn Zamilleen atau lebih mesra dengan panggilan Cik B ini dilihat lebih engaged dengan netizen dengan sikapnya yang sempoi, selamba dan spontan yang menghiburkan hati netizen.
Baru-baru ini, ada netizen membuat satu perbincangan secara terbuka berkenaan dengan isu privileged yang kita ada.
“Benda apa yang bila korang fikir balik, baru korang sedar selama ni korang sebenarnya privileged?”
Perbincangan yang dibuat oleh pendakwah @addien90s di Twitter itu mendapat respon yang memberangsangkan apabila ramai yang kongsikan kehidupan mereka, tweet tersebut meraih lebih daripada 8,900 jumlah retweets
Menurut Addien, dalam respon yang dia terima kebanyakannya menceritakan bahawa antara ‘keistimewaan’ yang mereka dapat ialah mempunyai keluarga di sisi, makan selalu cukup, kemudahan asas dan pendidikan. Sebenarnya semua hal asas inilah yang buat kita hidup rasa penuh bertuah. Bukan sebab ada kereta mewah, rumah besar, harta menimbun atau hidup popular.
Dalam pada itu, Addien menyarankan netizen agar rajin sertai sukarelawan untuk mengenali nikmat hidup yang kita ada berbanding lain.
Kalau nak lebih kenal hakikat hidup, nak tahu sebanyak mana kesenangan kita selama ni, join sukarelawan atau melawat rumah anak-anak yatim piatu, gelandangan etc. Korang akan sedar banyak perkara. Ya, kita ada masalah, tapi di luar sana ada yang lebih derita di luar akal kita. pic.twitter.com/xoXDQ7G6vd
— addien90 (@addien90s) November 29, 2022
Anak DSV – Cik B
Terpanggil dengan isu tersebut, Cik B berseloroh dengan memberikan satu reply ringkas dan membuatkan ramai netizen terhibur sampai raih lebih daripada 4,000 jumlah retweets.
Anak DSV 🥹 https://t.co/gSstOYQknL
— cikb havoc (@HavocCikb) November 28, 2022
Disebabkan itu, ramai netizen yang tawarkan diri untuk menjadi pembantu Cik B dengan harapan nak merasai privileged yang ada.
Cik B ni kalau cakap sepatah pun orang dah terhibur.
Baca : [VIDEO] Tiada ‘Father Figure’ Dalam Hidup, Cik B Akui DSV ‘Incredible Mom’