in

Dakwa Dipecat Kerana Pergi Solat, Momoyo Malaysia Kini Jalankan Siasatan

Ft Momoyo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bekas pekerja ekdai minuman dan aiskrim, Momoyo mendakwa bahawa dia telah diberhentikan kerja serta-merta. Menurut suami kepada pekera tersebut, pemecatan itu dibuat selepas berlaku pertengkaran dengan majikan kerana menunaikan solat.

Malah, lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Hakimi itu juga ada kongsikan salinan laporan polis yang dibuat oleh isterinya berhubung dengan kejadian tersebut pada hari Ahad.


Artikel berkaitan : G*lis Pemandu Ojol, Pegawai Polis Dipecat Secara Tak Hormat & Menangis Ketika Dijatuhi Hukuman

Artikel berkaitan : Gara-gara Kisah Ceraikan Isteri Tular, Pegawai Kerajaan Yang Baru Dilantik Dah Kena Pecat

“Isteri saya nak pergi solat, kena marah. Lepas tu kena pecat kerja serta-merta. Lokasi Seksyen 18, Shah Alam.”

Menerusi laporan yang dikongsi, pertangkaran berlaku sekitar jam 8.30 malam, isterinya dan majika bertikam lidah tentang isu waktu solat.

Dalam laporan tersebut, wanita itu turut mendakwa bahawa dia dan beberapa staf lain telah dimarahi kerana menunaikan solat secara berkala.

“Untuk makluman, kami pergi menunaikan solat secara bergilir-gilir dan bukannya secara beramai-ramai pada satu-satu masa.”

Screenshot 2026 08 26 180604

Majikan tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia tidak perlu hadir bekerja bermula esoknya iaitu pada 24 Ogos 2026.

Tidak lama kemudian, dia mendapati bahawa dirinya telah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp kira-kira jam 11.20 malam.

Tambahnya, tujuan laporan polis itu dibuat sebagai langkah menjaga kepentingan dirinya serta sebagai rekod sekiranya timbul sebarang pertikaian berkaitan pekerjaa, termasuklah isu pembayaran gaji atau bayaran lain susulan dengan pemberhentian tersebut.

Malah, laporan tersbeut boleh dijadikan rujukan kepada Pejabat Buruh sekitanya diperlukan kerana diberhentikan tanpa notis.

Sementara itu, Momoyo Malaysia dalam satu kenyataan rasmi memalumkan bahawa pihaknya mengambils erius berkenaan isu tersebut.

Screenshot 2026 08 26 180635

“Pada masa sama, pihak Momoyo Malaysia sedang berhubung dengan francais serta pengurus kawasan yang ebrkaitan untuk mendapatkan maklumat lengkap dan menjalankan semakan dalaman.”

“Memandangkan perkara ini sedang dalam siasatan, kami tidak mahu membuat sebarang kesimpulan sebelum semua fakta dapat disahkan.”

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.