in

Dakwa Bayi Bawa Malang, Pemilik Rumah Halau Ibu Mengandung

Ft Wanita Mengandung Kena Halau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepercayaan kuno yang berlegar di China mengatakan bahawa seseorang yang mati di sebuah rumah akan meninggalkan kekayaan di dalamnya dan orang yang dilahirkan di sebuah rumah akan mengambil tuahnya.

Namun gara-gara kepercayaan tersebut, seorang wanita yang sedang mengandung baru-baru ini mengadu yang dia telah dihalau oleh pemilik rumah yang mempercayai perkara tersebut di China baru-baru ini.


Wanita berkenaan yang memuatnaik ‘aduan’ tersebut di laman sosial Douyin itu mendakwa pemilik rumahnya di Guandong tersebut telah mengarahkan dia dan suami keluar dari rumah sewa mereka selepas mengetahui dia mengandung.

“Baik sewakan pada orang mati daripada bayi baru lahir”

Tambahnya lagi, pemilik berkenaan hanya memberi penjelasan dengan memetik kata-kata daripada kepercayaan kuno dan sanggup untuk membayar semula sewa bulan tersebut sebagai pampasan.

Ee99A069 Cf1D 4Cfe 807D 0Eaffa338C6E C96Af6F5

Dia kemudiannya terpaksa mengemas kesemua barangan miliknya dan berpindah semula ke tempat asalnya di wilayah Zhejiang.

Menurut kepercayaan masyarakat terdahulu yang berasal dari pedalaman China, sekiranya seseorang yang mati di sebuah rumah, ia akan meninggalkan hartanya di dalamnya manakala orang yang dilahirkan di rumah itu akan mencabut tuah rumah itu.

Artikel berkaitan : “Bela burung lagi untung” – Burung Bijak Bawa Pulang Duit Untuk Tuannya Buatkan Netizen Geli Hati

Artikel berkaitan : Lelaki Mabuk Ditahan Polis Gara-gara Cuba ‘Lawan’ Ultraman

Walaupun ia hanya kepercayaan kuno, ia masih dianggap benar oleh ramai orang di kawasan luar bandar China, yang lebih rela menyewakan rumah mereka untuk melindungi keranda jiran semasa pengebumian daripada pasangan yang sedang mengandung.

Perkara tersebut telah menjadi bualan ramai di China kerana ada yang tidak pernah mendengar kepercayaan tersebut dan terkejut dengan apa yang berlaku.

Pun begitu, ada juga yang meminta mereka menghormati kepercayaan tuan rumah.

Sumber : SCMP

Sumber: SCMP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.