in

Dakwa Banjir Berlaku Kerana Banyak Maksiat Di Selangor, Kenyataan Gadis Ini Undang Kemarahan Ramai

Cover 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, beberapa kawasan di sekitar Selangor seperti Shah Alam dan Klang dilanda hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir. Kesannya, ramai orang awam yang terkandas di atas jalan raya, dan ada juga yang terpaksa keluar dari rumah atas faktor keselamatan.



Menurut sumber, hujan lebat berpanjangan yang melanda kawasan Pantai Barat Malaysia bermula Jumaat lalu adalah disebabkan sistem lekukan tropika (tropical depression) yang menuju ke Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, ada seorang gadis yang mendakwa hujan berpanjangan dan banjir yang berlaku di Selangor adalah disebabkan maksiat berleluasa yang berlaku di negeri ini.

Menerusi satu ciapan di Twitter, gadis ini berkata Selangor adalah negeri yang paling banyak berlaku maksiat, namun tetap dilindungi. Malah, dia meminta orang ramai agar mengambil pengajaran daripada ujian ini. Macam tu pula?

Xx

“Common sense tu free je…”

Bagaimanapun, ciapan gadis ini tular dan mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Di saat orang ramai sedang susah dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa sendiri, warganet berpendapat kenyataan tersebut tidak patut dikeluarkan dan seolah-olah tidak menghormati mangsa banjir.

5 5

“Mekah pun pernah banjir dulu…”

Malah, ada juga warganet yang memberi contoh situasi di mana Mekah pernah dilanda hujan lebat dan banjir pada suatu ketika dahulu. Namun, itu tidak bermakna Mekah adalah kawasan yang penuh dengan maksiat.

4 5

1 5

Tidak cukup dengan itu, ada juga warganet yang memberi contoh lain berkenaan bala di sesuatu tempat. Sebagai contoh, Gaza di Palestin yang sentiasa menerima bala dan ujian tidak bermakna penduduk di situ melakukan maksiat pada setiap hari.

2 8

Semoga semua yang terkesan dengan banjir ini dipermudahkan urusan!

BACA: Terima Kasih Abang Rider! 7 Ekor Kucing Diselamatkan Lelaki Ini Guna Beg ‘Delivery’

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.