Lumrah kehidupan, bukan pelanggan je berisiko untuk dianiaya, peniaga pun sering dapat customer yang tak bertanggungjawab.
Baru-baru ni, seorang wanita telah memuat naik video di TikTok meluahkan kekecewaannya selepas pelanggan membuat tempahan berbuka tapi tak datang.
@eila_theseafood Call sampai ke sudah tak angkat.bulan2 mulia pun sanggup menipu.#maggiketampower #fyp #fypdongggggggg #kedaiviral
Subhanallah, dah booking untuk iftar bulan-bulan puasa menipu, tak datang.
Kitaorang restoran ni dah lah struggle takde customer. Kalau tak nak datang boleh je cancel booking sebelum kitaorang masak.”
Kalau korang tengok video dekat atas ni, korang boleh nampak lauk-pauk dan minuman yang dipesan oleh pelanggan tersebut terbiar je di atas meja. Dapat juga dilihat dari kertas atas meja yang pesanan tersebut dibuat untuk sembilan orang. Adui banyak jugak tu.
Menerusi caption wanita ini turut mengatakan yang dia telah pun cuba hubungi pelanggan tersebut namun tak diangkat.
Call sampai ke sudah tak angkat. Bulan-bulan mulia pun sanggup menipu.”
“Kenapa sanggup buat macam tu”
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib wanita ini dan ada yang menawarkan diri untuk membayar jumlah kerugian kedai tersebut. Tak cukup dengan itu, wanita ini turut dinasihati untuk mengambil bayaran dahulu sebelum ambil tempahan.
Alahai kesiannya, kita husnuzon je lah mungkin orang tu ada kecemasan dan tak boleh nak datang last minute. Nanti mungkin dia datang dan bayar balik makanan tu?