in

“Dahlah berdaki” – Netizen Mual Tengah Syok Makan Karipap Sekali Terjumpa Kuku Dalam Inti

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa benda paling spoil sekali bila kita makan makanan yang dibeli dari luar? Dah tentulah bila kita terjumpa atau termakan benda yang tak sepatutnya ada dalam makanan tu kan?


Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah kongsikan pengalaman ngerinya selepas dia makan karipap yang dibelinya di satu kedai di grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.

Selalunya, antara benda yang sering kita jumpa dalam makanan yang dibeli dari luar ni adalah rambut, itu pun boleh buat tak selera nak makan tapi apa yang ditemui oleh individu ni memang level lain punya geli.

“Terus mual nak muntah”

Menurut perkongsian dari individu yang menggunakan nama Mee ini, ketika sedang menikmati karipap yang dibelinya itu, dia secara tidak sengaja telah terjumpa kuku yang dipercayai telah digaul sekali dengan inti di dalam karipap. Allahu…

Tengah sedap-sedap makan karipap tetiba jumpa kuku. Terus mual nak muntah dah la kuku tu berdaki.”

Screenshot 2021 10 05 At 11.11.47 Am

Lebih menggelikan, keadaan kuku yang ditemui dalam inti karipapnya itu memang nampak kotor dan tak berjaga langsung. Kalau kuku yang siap manicure pun geli inikan pula yang kotor macam ni…

Menjengah ke ruangan komen, Mee memberitahu netizen yang dia telah pun pergi semula ke kedai tempat dia beli karipap tersebut namun penjual berkenaan mengatakan yang dia pun beli frozen dari orang lain. Aduhhh

Screenshot 2021 10 05 At 11.15.11 Am

“Buat keja pengotoq lepastu bagi orang makan”

Manakala netizen lain yang komen di posting ini turut merasa mual dan mengingatkan peniaga-peniaga untuk mengutamakan kebersihan lebih-lebih lagi bila perlu berurusan dengan makanan.

Screenshot 2021 10 05 At 11.19.00 Am Down

Betul tu, tak salah nak berniaga ni tapi jagalah kebersihan, jangan sambil lewa je. Bila macam ni jadi, orang lain yang kena.

 

Baca: “Dapat perasa extra” – Gadis Ini Trauma Makan Pecel Ayam Lepas Temui Cicak Dalam Makanan

Screenshot 2021 10 05 At 11.24.21 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.