in

“Dah transfer dekat 9 orang lain” – 6 Penduduk Korea Selatan Derma Darah Lepas Tu Dapat Tahu Dijangkiti Coronavirus

Derma Darah Positif Covid

Enam individu di Korea Selatan telah menderma darah sebelum mendapat tahu mereka positif Covid-19, lapor The Straits Times. Difahamkan, salah seorang daripada mereka merupakan penjawat awam dan kesemuanya telah mengambil bahagian dalam derma darah itu dalam tempoh 2 minggu lalu.

Sebuah organisasi bernama The South Korean Red Cross telah mengajak orang ramai untuk mengambil bahagian dalam menderma darah selepas bekalan darah dilaporkan menurun disebabkan kerisauan orang ramai dengan coronavirus.

Blood3

Penjawat awam itu yang berasal dari Daegu, bandar paling teruk dijangkiti wabak coronavirus di sana berkata dia menderma darah pada 13 Februari lepas. Namun, mula mendapat simptom hanya selepas berbuat sedemikian dan disahkan positif pada 23 Februari.

Menurut MSNews, separuh daripada darah yang didermakan 6 individu tersebut telah pun dipindahkan kepada 9 orang penerima lain sebelum penderma itu semua disahkan positif coronavirus.

Blood1

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan daripada pihak perubatan bahawa coronavirus ini boleh dijangkiti melalui pemindahan darah.

Setakat ini, wabak ini dilaporkan penyakit atau virus yang melibatkan pernafasan sahaja. Jadi, tiada kebarangkalian mereka akan dijangkiti coronavirus melalui pemindahan darah tersebut.

Menderma darah memang bagus, tapi just in case, pastikan korang check dulu dan tak ada apa-apa masalah kesihatan…

Baca: “Kami bekerja tanpa henti menyaring pesakit PUI” – Syif 12 Jam Sehari, Doktor Dedah Keperitan Bertugas Di Khemah Saringan COVID-19

Hargai

Sumber: MSNews