in

“Dah tau mabuk apesal masuk kelas”- [VIDEO] Murid Rakam ‘Aksi’ Guru Mabuk Dalam Kelas

Combine Mabuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang guru lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk di Rusia dirakam sedang duduk di atas meja di dalam kelas di sebuah sekolah sebelum terjatuh ke bawah dan disaksikan oleh muridnya.


Menerusi video hampir seminit itu difahamkan salah seorang murid sempat merakam ‘aksi’ seorang lelaki yang dipercayai gurunya dalam keadaan mabuk di dalam kelas sambil memegang sebatang kayu.Uish, dahsyat ehh

Dalam video itu dapat dilihat, badan guru itu bergerak ke hadapan dan belakang sambil ditertawakan oleh murid di dalam kelas.

Dia kemudiannya jatuh ke lantai dengan mulut terbuka seakan-akan tak sedarkan diri malah sampai ke tahap salah seorang daripada murid beranggapan guru itu telah mati. Amboi dik, boleh pulak macam tu eh

Kejadian ini berlaku di sebuah sekolah di bandar Aznakayevo di Tatarstan, Rusia.

Mabuk 2

“Kenapa dia perlu datang kerja dalam keadaan mabuk”

Selepas daripada kejadian tersebut, pihak sekolah telah mengadakan sesi pertemuan dengan pelajar yang terlibat bersama ibu bapa mereka.

Difahamkan, guru tersebut telah dihentikan perkhidmatannya daripada sekolah tersebut.

Baguslah kalau macam tu, sekurang-kurangnya murid-murid kat sekolah tak lah terdedah dengan perbuatan negatif macam ni kan

Baca  : “Apa yang dorang dapat buat benda ni”-Lagi Kes Buli, Kali Ini Pelajar Dipaksa Makan Najis Manusia”

Buli 1

 

Sumber: CEN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.