in

“Apa yang dorang dapat buat benda ni”-Lagi Kes Buli, Kali Ini Pelajar Dipaksa Makan Najis Manusia

Feature 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, kes buli semakin menjadi-jadi kan. Bukan dekat Malaysia sahaja berlaku, dekat negara jiran pun ada. Macam kes ini yang berlaku di sebuah sekolah di Indonesia.


Buli 5

Seramai 77 pelajar di sebuah sekolah khas melatih bakal paderi di Maumere, Nusa Tenggara Timur (NTT) telah dipaksa untuk makan najis manusia oleh dua orang pelajar senior. Jijik dan kejam diorang ni! 

Menurut The Jakarta Post, kejadian ini berlaku pada minggu lepas apabila kesemua mangsa balik ke asrama masing-masing untuk berehat selepas makan tengah hari. Mesti diorang tak sangka benda ni nak berlaku kan?

Rupanya, bila mereka sampai di asrama tu, salah seorang senior cakap dia terjumpa najis manusia dalam sebuah loker pelajar yang selalunya kosong. Nampak sangat menipu.

Disebabkan tiada siapa nak mengaku tentang najis tu, mereka paksa pelajar-pelajar tersebut untuk makan najis tu. Gelinya!

Walaupun jijik, mangsa cakap diorang terlalu takut untuk lawan balik jadi mereka pun terpaksa ikut.

Seorang daripada mangsa tu ambil keputusan untuk beritahu kes buli ini kepada ibu dan ayah dia walaupun mereka dah diberi amaran.

Ibu kepada salah seorang mangsa, Maria Flora kata yang dia sangat kecewa dengan kejadian itu. Baginya, orang yang ada masalah mental je yang akan buat macam ni.

Menurut Tribunnews, dua pelajar terbabit dah dibuang dari sekolah dan pihak sekolah juga dah minta maaf.

Adoi, macam-macam yang berlaku zaman sekarang ni. Orang pergi sekolah nak belajar, dia boleh pula buli orang. Ish, tak patut.

Baca: “Kau tak bagi duit, aku sepak” – [VIDEO] Pelajar Sekolah Kena ‘Pau’ RM5 & Diterajang Pembuli 

Buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.