in

“Dah suruh banyak kali tapi tinggal janji” – Isteri Goreng Ikan Arowana Lepas Suami Malas Cuci Akuarium

Arowana 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara malas membersihkan akuarium ikan, seorang suami hanya mampu reda selepas isterinya bertindak mengoreng ikan Arowana miliknya.

Ikan E1633829380804

Menerusi perkongsian di laman sosial TikTok, isteri yang dikenali sebagai Mia Kurnawan itu difahamkan sudah berminggu-minggu meminta suaminya untuk membersihkan akuarium yang menempatkan Arowana terbabit. Pun begitu, ia hanya tinggal janji sebelum si isteri memilih untuk membersihkan sendiri saja.


Arowana E1633829408355

Walau bagaimanapun, ketika proses pembersihan akuarium, Arowana terbabit difahamkan mula sakit sebelum mati. Lalu, si isteri kemudiannya memilih untuk menggoreng saja ikan terbabit sebagai santapan mereka.

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah mendapat lebih lima juta tontonan.

0 Tiktoker Deep Fries Husbands Beloved Pet Fish After He Refuses To Clean Tank E1633829431707

Difahamkan, pada mulanya, suami Mia agak sedih dengan nasib yang menimpa ikan kesayangannya itu. Namun begitu, pasangan terbabit dikatakan sudah berbaik dan suaminya merasakan insiden terbabit agak kelakar.

@miazahiraaisyah

Balas @anakpakmodinno1 dlihat dri sttus suami gx marah kok😁 alhamdllah suami orgnya sabar bgt😊 namnya sya gx tau, kn bukan slah sya

♬ Lazy Sunday – Official Sound Studio

Sumber: TikTok, Daily Star

Baca: “Sudah 4 tahun menemaniku” – Anak Pasrah Bapa Goreng Ikan Arowana Emas Benilai RM 600

2 9 E1633828273312

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.