in

“Dah setahun Covid pun masih konfius” – Ramai Keliru Sempadan Daerah Yang Boleh Direntas, Ini Senarai Untuk Penduduk Selangor

Ft Sempadan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 16 Februari lepas, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer dari lokasi tempat tinggal bagaimanapun masih mengekalkan larangan merentas daerah dan juga negeri.


Susulan itu, ramai rakyat keliru sejak perkara tersebut diumumkan kerana kebanyakan tempat boleh dikatakan sudah merentas daerah jika bergerak melebihi 10 kilometer. Ramai dilaporkan ditahan dan dikompaun ketika sekatan jalan raya dalam daerah sedangkan pergerakan dalam daerah yang sama dibenarkan.

A 4

Semalam ketika di sidang media harian, beliau menjelaskan bahawa kerajaan menggunakan sempadan daerah pentadbiran yang diketuai Pegawai Daerah dan bukannya sempadan polis.

Sebenarnya sejak dari dulu kita tidak pernah guna sempadan daerah polis tetapi menggunakan daerah pentadbiran diketuai pegawai daerah.”

Untuk makluman, keluasan daerah di bawah Pegawai Daerah (DO) tidak sama dengan keluasan sempadan daerah di bawah jagaan PDRM. Ini senarai perincian sempadan mengikut pentabiran (DO) di Selangor:

Daerah Gombak:

  • Rawang, Kundang, Kuang, Ulu Klang, Selayang, Batu Caves, Gombak Setia

Daerah Hulu Langat:

  • Kajang, Cheras, Semenyih, Balakong, Bangi, Beranang, Hulu Langat, Ampang Jaya

Daerah Hulu Selangor:

  • Kuala Kubu Bharu, Rasa, Serendah, Ulu Yam, Ulu Bernam, Batang Kali

Sempadan2

Daerah Kuala Langat:

  • Teluk Panglima Garang, Morib, Jenjarom, Banting, Sijangkang dan Tanjung Sepat

Daerah Klang:

  • Kapar, Meru, Pandamaran dan Bukit Raja

Daerah Kuala Selangor:

  • Tanjung Karang, Batang Berjuntai, Api-Api, Jeram dan Ijok

Daerah Petaling:

  • Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Kelana Jaya, Damansara, Puchong, Serdang, Seri Kembangan dan Sungai Buloh

Daerah Sabak Bernam:

  • Sekinchan, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Ayer Tawar, Panchang Bedena dan Pasir Panjang

Daerah Sepang:

  • Dengkil, Cyberjaya, Salak Tinggi dan Sungai Pelek

Roadblock4

Menurut beliau lagi, mana-mana pihak yang dikenakan kompaun disebabkan kekeliruan ini boleh ke Pejabat Kesihatan Daerah mengikut daerah kompaun dikeluarkan bagi mengemukakan rayuan.

Harap pihak maklumat dan senarai penuh bagi sempadan pentabiran DO dikeluarkan supaya kekeliruan dapat dielak di masa akan datang.

Baca: Boleh Makan Lebih 2 Orang Satu Meja & Tiada Lagi SOP 2 Orang Satu Kereta

Ft Sopbaru

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.