Korang pernah alami situasi, ingatkan barang yang korang baru beli tu rosak tapi rupa-rupanya korang tak reti nak pakai?
Haa inilah kejadian yang berlaku kepada seorang pengguna TikTok bernama @nurbaayaaapristiyono ni apabila dia baru mengetahui sebab mengapa whiteboard yang baru dibelinya itu tidak berfungsi dengan baik.
Menerusi video itu, Nurbaaya menunjukkan whiteboard yang baru sebulan dibelinya mempunyai kesan-kesan pen marker yang tak dapat ditanggalkan.
Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kawannya menyuruh dia membuang plastik pada whiteboard tersebut terlebih dahulu.
@nurbaayaaa.my Halahh halahhh akaaaakkkk 😂 sama 2×5 nya kita. Tahniah anda tidak keseorangan . *click sound
Selepas ditarik plastik yang melekat pada whiteboard tersebut, Nurbaaya kemudian membuat demo semula dengan melukis sesuatu di atas whiteboard berkenaan dan lukisan itu dapat dipadam dengan mudah sekali. Halahh halahhh!
Aku stress betullah dah sebulan aku pakai benda ni. Baru hari ini aku tahu, ya Allah ya Tuhanku.
“Kawan aku share dekat aku. Apahal kau ni, plastik tu koyak. Aku balik rumah tadi terus aku koyak. Patutlah selama ni aku tak koyak, aku dok tulis pastu susah nak hilang. Aku pakailah air. Nah aku test.
“Ada degree tapi ada bodohnya jugak aku…” katanya.
“Akak sebulan?? Saya dah setengah tahun kak…”
Video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana rata-ratanya mengakui mereka pun baru tahu rupanya kena buang plastik yang melekat pada whiteboard tersebut.
Kalau kakak ni tahu selepas sebulan membeli whiteboard tersebut, ada yang dah setengah tahun baru tahu ‘rahsia’ penggunaannya ni. Hadeh!
Korang ada pengalaman yang sama tak macam akak ni? Jom kongsi kat ruang komen!
Baca: [VIDEO] Lawak! Anak Tak Bagi Mak Ayah Pergi Langkawi, Siap Ugut Taknak Buat Susu Adik