Seorang pelakon lelaki yang sinonim dengan filem ketenteraan dikatakan seorang yang suka mengikis duit pasangannya.
Menurut laporan Utusan Malaysia, lelaki itu bukan sahaja suka mengikis duit wanita, malah dia dikatakan mengambil sebanyak ribuan ringgit dari bekas tunangnya.
Tidak cukup dengan itu, dia kini dikatakan sedang bercinta dengan seorang lagi wanita lain yang juga merupakan seorang personaliti TV.
Artikel berkaitan: Isteri Baru ND Lala Didakwa Pernah Kikis Duit Suami Orang Sampai Bercerai?
Artikel berkaitan: Tayang Hidup Mewah, Pelakon Wanita Dipantau Bank Negara Sebab ‘Cuci Duit’?
Dalam laporan yang sama, pelakon lelaki itu difahamkan bukanlah seorang yang sering mendapat watak yang besar dalam sesebuah filem atau drama dan disebabkan itu dia sering mencari wanita yang ‘berduit’ untuk menjadi mangsanya.
Sebelum ini dia sudah pun bertunang dengan seorang gadis pada awal 2022 yang dikenali melalui permainan video online PUBG, sebelum hubungan itu putus kira-kira setahun kemudian.
Selain itu, kekasihnya sekarang pula seorang yang pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
Hmm, siapa pulak ni?
Sumber: Utusan Malaysia