in

“Dah macam tin sardin!” – Netizen Kongsi Kekeluhan LRT Buat ‘Hal’ Semasa Waktu Puncak

Lrt Padat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu puncak adalah waktu dimana semua orang berpusu-pusu untuk pergi atau pulang dari tempat kerja dalam keadaan yang serentak.


Melalui tempoh ini juga kita boleh lihat berlakunya kesesakan lalu lintas yang luar biasa di atas jalan raya dan pengangkutan awam seperti bas dan tren.

Padat macam tin sardin!

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial oleh netizen mengenai situasi LRT di Lembah Klang yang dikatakan buat ‘hal’ semasa waktu puncak.

Ramai yang berkongsi kekeluhan mereka terhadap pengendali pengangkutan awam, Rapid KL dengan memuatnaik situasi sebenar yang berlaku semasa waktu puncak di Lembah Klang dimana ia boleh digambarkan padat macam tin sardin!

Frekuensi 7 minit patutlah padat!

Menurut seorang pengguna Twitter (@transitmy), posting tersebut telah dikongsi dengan mengetengahkan bahawa mereka yang menggunakan pengangkutan awam tersebut terpaksa menghadap ‘tin sardin’ pada setiap pagi.

Bukan sahaja terpaksa menghadap situasi tersebut, malah terpaksa menunggu frekuensi 7 minit yang dikatakan tidak masuk akal!

Ada juga pengguna yang berkongsi mereka terpaksa menunggu lebih tiga ke empat trip LRT sebelum dapat masuk ke dalam koc tersebut.

Tambahan pula, ada antara penumpang yang mengaitkan isu penjarakan fizikal dan Covid-19 yang kian meningkat di negara kita dan menganggap RapidKL tidak prihatin terhadap pengguna pengangkutan awam tersebut.

Screenshot 2022 07 21 At 12.43.22 Pm

 

Screenshot 2022 07 21 At 12.46.08 Pm

Screenshot 2022 07 21 At 12.49.44 Pm

Katanya isu masih dalam ‘maintenance’ 

Perkara ini sebenarnya telah dijelaskan bahawa masalah ini berlaku kerana pihak RapidKL masih di dalam usaha penyelenggaraan servis dan dikatakan akan pulih selewat-lewatnya bulan November ini.

Namun, ada juga yang mempertikaikan mengapa perkara ini tidak dilakukan semasa lockdown yang terjadi dua tahun lepas.

Screenshot 2022 07 21 At 1.03.46 Pm

 

Wujudkan ‘akta denda’ pada RapidKL

Isu tersebut sebenarnya telah membebankan banyak pengguna kerana ada daripada mereka terpaksa lewat ke tempat kerja kerana frekuensi LRT yang lama dan terpaksa menunggu tiga hingga empat trip LRT sebab terlalu padat.

Screenshot 2022 07 21 At 1.09.47 Pm

Kena compare dengan Singapura

Malah, ada salah seorang pengguna Twitter telah berkongsi bahawa frekuensi LRT di Singapura boleh dikatakan setiap 3 minit pada waktu puncak dan sangat efisien untuk pengalaman pengguna pengangkutan awam. Kalau Singapura boleh, kenapa kita tak boleh kan?

Screenshot 2022 07 21 At 1.08.10 Pm

Sebelum ini, isu ini telah menjadi perdebatan apabila banyak masalah yang berlaku kepada LRT ini yang menyebabkan ramai yang terkesan dimana ada antara mereka yang lewat ke tempat kerja kerana permasalahan ini.

Perkara ini juga mendapat perhatian ahli-ahli politik yang mengarah RapidKL untuk telus dalam mengendalikan pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang.

Min harap perkara ini dapat diselesaikan segera. Kesian pula min tengok orang yang mencari rezeki dengan menaiki pengangkutan awam. Tak pasal-pasal lambat ke tempat kerja.

Baca: “Train to bosan” – Netizen Risau Lepas LRT Rosak 3 Kali Dalam Sebulan Sampai Ramai Terkandas Lama

Screenshot 2022 07 21 At 1.14.29 Pm

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.