in

“Dah macam pulau” – 2 Lelaki Rela Cukur Bahagian Tengah Rambut Untuk Seludup Emas & Wang

Dah Macam Pulau 2 Lelaki Rela Cukur Tengah Rambut Untuk Seludup Emas Wang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kreatif betul cara penyeludup ni nak seludup barang.


Terbaharu, dua lelaki ditahan di Chennai Airport, India kerana menyeludup emas dan wang tunai di bawah rambut palsu mereka.

Magroob Akbarali dan Zubair Hassan Rafiyutheen ditahan oleh pegawai kastam selepas mereka berasa sangsi dengan gaya rambut dua lelaki yang baru tiba dari Dubai ini.

Seludup E1616810978810

Seludup 2 E1616811007681

Hasil pemeriksaan akhirnya mendedahkan dua suspek ini sanggup mencukur bahagian tengah rambut mereka untuk menyeludup emas dan wang tunai. Barang seludup itu dilekatkan dengan pita pelekat berwarna hitam di atas kepala sebelum ditutup dengan rambut palsu.

Chennai E1616811047703

Parcel kecil berisi wang tunai dan emas yang dilekatkan di kepala itu dianggarkan seberat hampir satu kilogram.

Selain itu, emas juga ditemui disorokkan dua suspek itu di dalam stokin dan rektum mereka.

Seludup 4 E1616811089487

Memetik laporan Metro UK, kesemua barangan seludup yang dirampas kastam dikatakan bernilai $382,943 (kira-kira RM1.58 juta).

Sumber: Metro UK

Baca: “Apa nak jadi!” -Sanggup Gunakan Al-Quran Dan Sejadah Untuk Seludup Dadah Ke Luar Negara

Fi Dadah New E1616810591407

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.