in

“Dah lah menganggur”- Peguam Saman Ibu Bapa Hanya Sebab Duit Poket Yang Diberi Semakin Berkurang

Feats Saman Bebetul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila semakin dewasa, menjadi satu kewajipan kepada anak-anak untuk membalas kembali jasa ibu bapa yang berpenat lelah untuk membesarkan kita.

Bagi anak-anak yang sudah bekerja, tak salah rasanya untuk kita menghulurkan sedikit duit gaji kita kepada ibu bapa. Tidak luak pun gaji yang diterima kita sekiranya diberi sedikit kepada ibu bapa sebagai membalas jasa.


Bagi mereka yang masih menganggur pula, usahlah kita terus menyusahkan ibu bapa dengan berharap kepada mereka untuk terus menampung kehidupan kita.

 Dah besar kan. Boleh kot cuba mencari duit dengan cara halal yang lain.

Namun, sebaliknya pula yang berlaku apabila seorang peguam yang menganggur telah memfailkan saman ke atas ibu bapanya hanya kerana duit poket yang diberi ibu bapanya itu semakin berkurang.

Apa yang lebih mengejutkan, peguam tersebut telah pun berusia 41 tahun! Kejadian ini dikatakan berlaku di London.

Mungkin dia ingat dia masih kanak-kanak lagi kot. 

 

Terus menanggung segala perbelanjaannya

 

Menurut sumber, peguam yang berumur 41 tahun itu telah membawa kedua-dua ibu bapanya yang kaya-raya ke mahkamah. Tujuannya adalah untuk memaksa mereka supaya terus menanggung segala perbelanjaan hidupnya.

Lelaki yang tidak didedahkan identiti itu mengatakan bahawa dia telah 20 tahun bergantung hidup dengan duit poket yang diterima daripada ibu bapanya.

Namun, berlaku masalah perhubungan antara mereka menyebabkan duit perbelanjaan yang diterimanya sejak kebelakangan ini semakin berkurang daripada kebiasaannya.

Lelaki itu juga meminta hakim melaksanakan peraturan yang memerlukan ibu bapanya terus menanggung segala perbelanjaan hidupnya.

 

Tinggal di rumah bebas-sewa milik parents 

London

Apa yang lebih tidak masuk akal, peguam berkenaan yang masih menganggur itu sedang menetap di sebuah apartment di tengah kota London secara percuma tanpa perlu membayar sewa. Hal ini demikian kerana, rumah yang didiaminya itu adalah milik ibu bapanya.

Di tengah kota London kot. Free pulak tu. 

Bukan itu sahaja, menurut Hakim James Munby, segala bil dan utiliti sepanjang dia menetap disitu turut ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapanya.

Ibu bapanya telah menampung perbelanjaannya selama bertahun-tahun, sehingga tidak terkira banyaknya. 

Mereka membenarkan dia untuk tinggal di rumah flat di tengah London dimana mereka merupakan pemilik rumah yang berdaftar. Sebagai tambahan, mereka turut membayar segala bil utiliti.

Namun baginya, segala kemudahan tersebut masih tidak mencukupi.

Haih, anak tak sedar diuntung.

 

Kes tersebut digugurkan

Ibu bapa lelaki berkenaan yang kini sedang menetap di Dubai telah meminta mahkamah untuk menggugurkan kes tersebut.

Perkara ini telah dipersetujui oleh Sir James Munby yang menyatakan bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai kes yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah.

Selain itu, permohonan lelaki tersebut pada masa yang akan datang juga akan digugurkan.

Bak kata peribahasa Melayu, ‘bagai mendukung biawak hidup’.

Baca: Dia lahir dari rahim saya Anak Tergamak Report Polis Pasal Ibu Hanya Disebabkan Bengang Pinjam Motor

Baca Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.