in

Dah Kena Belasah Tapi Masih Back Up Boyfriend

Awek Belasah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ni taktau la nak cakap apa dekat adik sorang ni… Haihhh


Baru-baru ni, ada satu video viral dekat Twitter tunjuk seorang remaja lelaki tengah duk pukul and belasah awek dia. Lebih hebat, lelaki tu terus dipanggil ‘Dayus of The Year’ disebabkan perbuatan dia.

Netizen pun apa lagi kan, kalau benda-benda macam ni memang bersatu padu! So, semua memang obviously marah habislah dekat mamat tu. Dorang kata, tak patut lah dia pukul perempuan tu, even dia curang atau tipu sekali pun.

Betul lah tu. Seorang lelaki tak sepatutnya naik tangan dekat perempuan. Lagi-lagi belum ada apa-apa ikatan yang sah. Netizen memang hentam balik la mamat ni sebab dia buat macam tu dekat girlfriend dia.

Bukan setakat komen, netizen yang bengang dengan lelaki ni siap jadi investigator, dapatkan maklumat pasal dia. Lepas tu, dorang dedahkan identiti dia and gadis tu dan ia sekali lagi mendapat perhatian ramai.

Katanya, lelaki tu dah upload permohonan maaf di Instagram dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara dia dan kekasihnya. Dah hentak anak orang, baru fikir laaaa?

Maaf 1

Maaf 3
sumber: twitter

Lepas kecoh dekat media sosial pasal ni, tup tup si gadis katanya dah bagi statement. Bukan tu je, katanya dia siap ‘back up’ balik boyfriend dia tu? Eh biar betul?

Menurut mStar, gadis tu menggunakan ruangan komen untuk jelaskan apa yang berlaku dan minta orang ramai berhenti salahkan boyfriend dia.

Family aku dah maafkan. Bukannya tibai korang. Dia tibai aku bersebab. Korang tak tahu diam-diam lah.”

Maaf 4

Maaf 5
sumber: twitter

Semua manusia akan berubah. Berikan dia masa dan peluang.”

Maaf 6
sumber: twitter

Difahamkan, kedua-dua dah pun tukar nama Instagram lepas identiti dorang dah tersebar. Tapi, sampai sekarang kes ni masih hangat diperkatakan di Twitter.

Belum jadi suami isteri dah naik tangan, sampai belasah anak dara orang. Hati-hati pilih lelaki ye girls semua!

Baca: Wanita Ni ‘Diserang’ Rakyat Itali Beramai-ramai di Twitter Sebab Carbonara

Italy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.