in

“Dah kantoi baru nak pegang tangan” – Netizen Spekulasi Posting Terbaru Hafidz Roshdi

Hr Curang Pegang Tangan Isteri Doa Bahagia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak terpalit dengan gosip berkenaan isu curang, nama Hafidz Roshdi sering menjadi sebutan netizen dan segala tindakannya di media sosial juga mendapat perhatian ramai.


Terbaru semalam, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu telah memuat naik posting di Instagram memaparkan dia memegang erat tangan didakwa isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menerusi posting tersebut, Hafidz menulis kapsyen berterima kasih kepada netizen yang telah mendoakan kebahagiaan keluarganya.

Malah dia juga berharap orang ramai berdoa hubungan tersebut kekal hingga syurga firdausi.

Alhamdulillah terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga. 

“Doakan hubungan kami kekal hingga ke Syurga Firdausi, Amin YRA.” 

“Aneh ko ni dek… baru lepas baca post Shu…” 

Walau bagaimanapun, posting tersebut dibanjiri komen daripada netizen berasa pelik dengan sikap yang ditonjolkan Hafidz sejak akhir-akhir ini.

Malah ada yang merasakan ia bercanggah dengan kenyataan isterinya, Shuhada dan gadis yang didakwa menjadi orang ketiga di dalam masalah rumah tangga mereka iaitu Athira Yuhada.

Hr Pelik Posting

Terdahulu, Athira Yuhada telah memuat naik permohonan maaf kepada isteri Hafidz serta anak-anak pasangan itu kerana bertindak bodoh dengan mengganggu rumah tangga pelakon tersebut.

Hafidz juga menurutnya telah cuba menghubungi Athira sejak 9 tahun yang lepas dan dia juga kini sudah lama tidak berhubung dengan pelakon berkenaan.

Athira

Pun begitu, Shuhada menerusi satu posting terbaru pula telah menafikan kenyataan Athira dengan mengatakan suaminya masih lagi berhubungan dengan Athira.

Tambah Shuhada, dia juga berhak untuk mendedahkan segala bukti yang ada padanya, namun memilih untuk menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk diuruskan secara berhemah.

Shuhada

Kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, you yourself know how rapid sekian sekian waktu tapi tiba-tiba… 9 years kena try? Wowww hebatnya you dikejari haha. 

“Perkara yang you buat bukan mudah i nak maafkan but Allah kata jadilah manusia PEMAAF walaupun seberat mana kesalahan, i maybe will forgive but I will never forget. You sendiri cakap you sympathize with Hafidz mental condition?” dedah Shuhada.

Apa-apapun kita doakan sajalah semoga kemelut masalah rumah tangga mereka ini cepat selesai. Kesian dengan anak-anak yang menjadi mangsa keadaan. 

Baca: Janji Tidak Akan Hubungi Hafidz Roshdi Lagi, Athira Yuhada Tampil Mohon Maaf

Hafidz Roshdi

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.