Kelmarin, seorang wanita terkena serangan asma dan kejang kedua-dua belah kaki waktu jungle trekking dekat Hutan Simpan Seksyen 9, Kota Damansara di Petaling Jaya. Wanita seberat 137kg itu berjaya dibawa turun selepas diusung bergilir-gilir oleh 16 anggota bomba dan dibawa ke hospital selepas lebih 4 jam operasi menyelamat.
Malangnya, kejadian tu membuatkan mangsa menerima pelbagai jenis kutukan dan kecaman daripada netizen di Facebook. Tak tahan dengan attitude dan komen biadap tu, Kumpulan Hiking and Recreation Around Malaysia (HARAM) tampil untuk ‘sekolahkan’ geng tersebut.

Satu posting oleh salah seorang admin kumpulan tersebut mula mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan tindakan mereka untuk mempertahankan mangsa.
Saya mewakili barisan admin H.A.R.A.M mengutuk sekeras-kerasnya spesis penghina fizikal orang ini. Untuk pengetahuan semua, meh saya bagi point.”
Mangsa dah sampai puncak…

“Anggota bomba pun tak bising dan mengeluh, korang pula nak bising. Apahal?”
Kebanyakan komen negatif yang dituju kepada mangsa mengatakan yang dia hanya menyusahkan pihak bomba untuk menyelamatkan dia. Sebab itulah, HARAM mempertahankan mangsa dan mengatakan dia tidak ‘buat buat sakit’.

Tak kira fizikal, kalau nak cramp, kena juga


“Tak pakai akal ke waktu menaip tu.”
Kata mereka juga, netizen Facebook tak berfikir sebelum menaip dan mengutuk mangsa sedangkan wanita tu bukan first time buat aktiviti tersebut.

“At least kalau taknak hormat, ada la sikit rasa simpati”

