Tak dinafikan sensitiviti wanita mengenai perihal saiz badan ni memang kuat, tapi memang mustahil lah kalau sampai jadi insiden bunuh membunuh.
Ceritanya disebabkan si wanita ni beritahu teman lelakinya nak makan aiskrim je. Tapi berubah menjadi insiden tragis sebegini,
Masuk kedai beli gunting terus tikam
Kejadian tragis ini berlaku pada 14 Ogos lepas, pasangan ni sedang berjalan-jalan untuk membeli belah pada waktu tengah hari.
Menurut World Of Buzz, pasangan yang baru couple tak sampai sebulan ni dari Henan, China. Masa tu cuaca tengah panas terik dan si wanita ni nak makan ais krim. Tapi, teman lelaki dia boleh kutuk balik…
“Kau dah gemuk kot, nak makan ais krim?”
Si wanita tu pun naik angin terus masuk kedai beli dua gunting. Dia keluar balik lepastu terus tikam teman lelaki dia empat kali. Si teman lelaki rebah dalam keadaan berlumuran darah.
Bila pihak polis dan pasukan paramdik sampai, mereka cuba nak selamatkan lelaki tersebut dan kejarkan dia ke hospital, malangnya lelaki tersebut mengalami pendarahan yang banyak dan meninggal dunia.
Wanita tu pula telah ditangkap dan siasatan masih lagi dijalankan. Nampaknya kalau perempuan lapar memang tak boleh dibuat main-main weh, jangan lah tegur badan dia dah makin berisi.
tapi mungkin cara lelaki ni cakap tak betul kot.
Baca : “Gila talak” – Bengang Isteri Tak Nak Rujuk, Suami Tikam Muka Dengan Pemutar Skru