Umum mengetahui, pelakon terkenal, Farah Nabilah telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang juruterbang bernama Mohamed Amirul Yunus pada minggu lepas. Sama cantik, sama padan kan pasangan ni??
Namun tak semena-mena baru-baru ni, timbul pulak gosip tak sedap didengar mengenai suami Farah Nabilah ni. Menurut mStar, seorang wanita bernama Bie Ismail mendakwa mengalami kecederaan gara-gara perbuatan Amirul ini. Whaat??
“Hmm 77k kot. Takkan tak boleh donate sikit 7k. Dah buat member aku cacat”
Menurut Bie, luahannya yang dibuat di Instagram itu menyatakan rasa terkilan dengan Amirul yang hanya berdiam diri tanpa bertanya khabar selepas secara tak sengaja menutup pintu van mengenai jari manis Bie yang menyebabkan ia cedera teruk.
Kejadian tu katanya berlaku semasa mereka di Kuantan, Pahang ketika menunggu penerbangan seterusnya pada 13 November lepas.

Tak dapat bertugas lebih 2 bulan, urat jari koyak dan kuku rosak
Bercakap kepada mStar, Bie sebenarnya terkejut bila dapat tahu yang kisahnya viral dan pada awalnya tak tahu pun rupanya Amirul tu suami kepada Farah Nabilah.
https://www.instagram.com/p/B6TTd9hJXEP/
“Sejujurnya saya memang tak ada niat langsung nak cari perhatian atau nak raih simpati daripada mana-mana pihak sebab saya sudah berkongsi perkara itu sejak bulan lalu lagi.
“Tapi tak sangka tiba-tiba sekarang boleh jadi tular pula. Sebab ketika kejadian tu berlaku, saya tak tahu pun Amirul akan berkahwin dengan seorang selebriti,” katanya.
Menerusi instastory, Bie menjelaskan yang dia tidak dapat bertugas lebih dua bulan disebabkan urat jarinya koyak dan kuku rosak.

“Saya tak minta dia bertanggungjawab atau minta duit daripada dia pun tapi dia macam tak ada common sense dengan apa yang terjadi pada saya,” kata Bie lagi.
Harap-harap kes ini dapatlah diselesaikan oleh dua pihak dengan segera. Semoga jari pramugari ni cepat sembuh.