in

“Dah bertudung tu jaga la sikit mulut” – Syinta Fikir 100 Kali Nak Jadi Lelaki Gara-gara Sikap Perempuan Bertudung Zaman Sekarang Yang…

Gila Syinta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak ada lagi lagu Syinta Gila ni, populariti usahawan kosmetik Safiey Ilias di mata netizen makin naik. Walaupun ramai yang suka dengar lagunya, Safiey tetap tak terlepas daripada kecaman melampau netizen.


Disebabkan kecaman ni yang mostly datang daripada golongan wanita, Safiey mengaku yang dia fikir hampir 100 kali nak ubah balik jadi lelaki. Aik dah kenapa pulak? Apa kena mengena kecaman dengan berubah jadi lelaki? 

Syinta 2
sumber: instagram

 

“Baru syinta faham tak semua yang bertudung tu baik” 

Menerusi perkongsian di Instagram, Safiey beritahu yang dulu dia pernah terfikir nak jadi lelaki semula dan berkahwin dengan perempuan bertudung.

Tapi bila dia tahu perangai gadis bertudung yang tak reti jaga mulut, terus dia fikir 100 kali sama ada nak berubah ke tak. Aduh macam tu pulak?

“Baru syinta faham tak semua yang bertudung tu baik. Kadang mulut mengomen menakutkan sangat-sangat. 

“Macam kes dewi remaja tu. Tapi siapalah kita nak mghukum orang kan? So dah bertudung tu jaga la sikit mulut dan akhlak.

“Jiwa muda memang biasa komen tak fikir dulu. Syinta baru nak jadi laki balik nak kahwin dengan perempuan bertudung tapi tak ape lah syinta fikir 100 kali balik.” 

 

“Abis kau yang lelaki berk*nek tak payah jaga akhlak sebagai lelaki ye?” 

Dah terang lagi bersuluh, posting yang dikeluarkan Syinta ini memang mengundang lebih banyak kecaman netizen. Hampir 100% komen admin baca semuanya mengutuk dan mengecam Safiey. Hmm… korang dah boleh expect kan? 

Sapi

Sapi 1
sumber: instagram

Apa-apapun admin sentiasa mendoakan semoga Safiey kembali pulanglah ke pangkal jalan. Bagi gadis bertudung kat luar sana pulak, nak komen tu berpada-padalah. Jangan beri pandangan buruk kepada orang kat luar sana tentang gadis berhijab ni. Harap semua baik-baik je! 

Baca: “Tak nak, takkan jadi laki” – Safiey Illias Tolak Tawaran Jumpa Mufti, Tak Mahu Masyarakat Jangka Dia Berubah Jadi Lelaki Kembali

Sapilias 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.