Umum mengetahui, beberapa kawasan di Malaysia dilaporkan sudah dinaiki air sehingga banjir terutamanya di sekitar Lembah Klang. Keadaan ini bukan sahaja membataskan pergerakan orang ramai, malah banyak harta benda dan nyawa yang perlu diselamatkan.
Untuk itu, dilaporkan pihak Golden Screen Cinemas (GSC) bersedia untuk memulangkan semula wang atau refund kepada mana-mana pelanggan yang terkesan akibat banjir.
Menerusi satu ciapan di Twitter, GSC berkata pihak mereka akan memulangkan semula wang buat mereka yang sudah membeli tiket pada hujung minggu ini, namun tidak boleh ke pawagam kerana terkesan dengan banjir.
Please stay safe guys! Take care 💛 pic.twitter.com/vCOjH5RgEH
— GSC (@GSCinemas) December 18, 2021
Untuk berbuat demikian, mana-mana individu yang terkesan boleh menghantar maklumat tiket menerusi e-mel kepada pihak GSC. Namun harus diingatkan, proses pemulangan semula wang boleh mengambil tempoh sehingga 14 hari waktu bekerja.
Pihak GSC juga menjelaskan bahawa pawagam mereka masih beroperasi seperti biasa, namun tawaran refund ini terbuka buat mereka yang terkandas akibat banjir.
Sehingga kini, dua cawangan GSC di Setia City Mall dan Klang Parade dilaporkan telah ditutup pada 19 Disember akibat banjir.
UPDATE: GSC Setia City Mall & GSC Klang Parade akan ditutup hari ini, 19 Disember.
Stay safe guys! pic.twitter.com/n1oKOoyolA
— GSC (@GSCinemas) December 18, 2021
BACA: Sudah Melepasi Tahap Bahaya, Air Empangan Klang Gate Dilepaskan Secara Berperingkat