in

“Dah 3 tahun saya tak bercinta” – Lepas Rompak Seluar Dalam, Lelaki Minta Mangsa Jadi Girlfriend

Www

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin peliklah penjenayah zaman sekarang. Kalau nak mencuri barang kemas ataupun wang ringgit itu kira kes biasalah. Tapi macam mana pula dengan pencuri yang jenis nak merompak baju atau seluar dalam mangsa? Psiko betul? 



Menurut Coconuts, polis kini sedang menjejaki seorang pencuri yang cuba merompak dompet seorang wanita dan telah memaksa mangsa menanggalkan seluar dalamnya untuk diberikan kepada suspek. Apa yang lebih aneh, lelaki tersebut juga telah meminta wanita itu untuk menjadi teman wanitanya! Aik ini lain macam ni…

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu, seorang jurujual bernama Tsang, 38, sedang berjalan di tempat letak kereta sebuah terminal bas di Yau Tong, Hong Kong sekitar jam 2 pagi. Secara tiba-tiba, mulutnya telah dicekup daripada belakang oleh seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang kemudian merangkul tangannya ke leher Tsang.

D33Ccc95E7966F61Faf24B206444Ac3B
sumber: coconuts

Tsang kemudian diperas ugut supaya memberikan kesemua wang yang dimilikinya dan ditanya di mana tempat tinggal wanita itu. Pun begitu, Tsang hanya menjawab dia terlupa untuk membawa dompetnya dan tinggal bersama-sama keluarga.

Bengang dengan jawapan Tsang, suspek meminta mangsa untuk membuka seluar dalamnya sambil mengugut,

Kalau awak tak tanggalkan seluar dalam itu, saya akan tanggalnya untuk awak!” 

9
gambar hiasan

Lebih mengejutkan, suspek juga telah meminta Tsang untuk menanggalkan colinya sambil berkata,

Saya dah tiga tahun tak bercinta dan tidak mempunyai teman wanita, awak nak jadi teman wanita saya?” 

Puii! Dah gila ke apa? Lepas suruh tanggal coli dan seluar dalam, ada hati pula nak orang jadi teman wanita dia! 

Namun mujurlah detik-detik hitam dalam hidup Tsang akhirnya berakhir apabila seorang polis berbaju preman datang menyelamatkan keadaan. Polis tersebut menghalau pencuri berkenaan yang melarikan diri bersama seluar dalam milik Tsang. Alahai!

Menurut surat khabar tempatan, lelaki tersebut tidak kelihatan seperti sedang mabuk ataupun miskin dan berkemungkinan suspek mempunyai masalah mental. 

Walau bagaimanapun, Tsang telah dibawa ke hospital dan menerima tiga jahitan di belakang kepala akibat kecederaan ketika bergelut dengan pencuri tersebut.

13La8P01
sumber: coconuts

Elakkan daripada berjalan berseorangan pada waktu malam. Banyak penjenayah yang sedang tunggu nak terkam je bila mangsa lemah dan sorang-sorang ni. Lebih baik berteman dan duduk di rumah je kalau tak ada buat apa-apa. 

Baca: Lelaki Ditangkap Mencuri Seluar Dalam Terpakai, Ingin Beri Sebagai Hadiah Kepada Teman Wanita

Seluar Dalam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.