in

“Dah 2025” – Pemuda Terkedu Gaji Kena Potong Sebab Pergi Solat Jumaat

ft solat jumaat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki meluahkan rasa terkejut dan kesal apabila mendapati bahawa gajinya telah dipotong hanya kerana menunaikan solat Jumaat pada bulan lepas.

Disebabkan itu, rasa terkilan dan bimbang buat pemuda berusia 31 tahun dari Kulai, Johor ini makin bertambah mengenangkan jumlah yang bakal dipotong lagi untuk bulan ini memandangkan Oktober mempunyai 5 kali Jumaat.


Ketika dihubungi Lobak Merah, pemuda yag dikenali sebagai Saleh Zuhri ini menyatakan bahawa kakitangan lain yang sudah lama bekerja di syarikat yang bertempat di Plentong, Johor Bahru itu turut mengalami situasi yang sama.

Artikel berkaitan : Rebah Sebelum Sujud, Imam Meninggal Dunia Ketika Pimpin Solat Jumaat

Artikel berkaitan : Jemaah Masjid Terkejut Tengok Shawn Mendes Hadiri Solat Jumaat Di New York

 

Kakitangan lain sanggup ‘catu’ waktu solat Jumaat

 

View on Threads

 

Jelasnya lagi, jumlah gaji itu akan tidak akan dipotong jika waktu solat itu diganti dengan waktu selepas habis kerja. Disebabkan itu, Saleh menceritakan bahawa ramai kakitangan lelaki yang beragama Islam di syarikat itu hanya pergi solat sekali dua sahaja untuk sebulan.

Screenshot 2025 10 10 150718 1

“Saya hubungi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor untuk minta kepastian dahulu, sama ada boleh atau tak potong gaji staf untuk pergi solat Jumaat tapi tak angkat-angkat. Sementara itu saya tetap push HR lah untuk bawa suara kita kepada bos-bos dekat sini.”

“Garis panduan yang disediakan JTK tu terlalu general. Apa yang dibuat oleh majikan saya sekarang pun tak boleh dikatakan salah. Cuma mungkin kurang beretika. Andai bos tak luluskan (pelepasan untuk menunaikan solat Jumaat), kena sambung cari kerja lain lah gaya.”

Enggan memberikan jumlah yang dipotong secara terperinci, Salleh memberi bayangan bahawa jumlah pemotongan itu boleh dianggap memberi kesan kepada perbelanjaannya.

“Kalau saya yang dipotong bulan lepas 2 kali Jumaat itu, boleh isi minyak saya penuh untuk seminggu saya kerja ulang alik Kulai ke Plentong (41 KM). Kalau 5 minggu, dekat 3 kali isi penuh jugalah.”

Tegas Saleh lagi, ada lagi banyak syarikat di kawasan tersebut yang membuat peraturan seperti itu, jadi dia berharap agar perkongsiannya ini sampai ke pengetahuan pihak tertentu.

“Saya harap sangat-sangat suara kecil-kecil macam saya ini sampai ke pihak atasan. Bukan semata-mata untuk saya secara individu, tapi untuk semua Muslim.”

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.