in

“Dah 2020 masih lagu lembik ke?” – Netizen TAK Boleh Terima Bila Idayu Kata Lagu Rasmi Tahun Melawat Malaysia Sebelum Ini ‘Lembik’?

Featured Image Idayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada sebelum ini pernah kecoh mengenai logo sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dikatakan tidak sesuai untuk digunakan bagi mempromosikan negara ini.


Tmm2020 1534221660
Gambar hiasan

Namun setelah menerima desakkan daripada netizen, akhirnya logo tersebut telah di tukar kepada sebuah logo yang lebih menarik.

Untitled Design 1 23 50 014643
Gambar hiasan

Baru-baru ini, penyanyi Nur Farah Idayu Yaakob, 35, atau lebih mesra dikenali sebagai Idayu telah diberi peluang untuk menyanyikan lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2020.

Lagu yang berjudul Visit Truly Asia – Malaysia itu, lirik untuk lagu Bahasa Melayu ditulis oleh Normah Kechut dan Bahasa Inggeris oleh James PS Boyle manakala melodinya digubah oleh Dekan Muzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Ramlan Mohd. Imam.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah jawapan yang diberikan oleh Idayu sendiri apabila dia di tanya jika di bandingkan dengan penyanyi lagu teman Tahun Melawat Malaysia terdahulu iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza (2012) dan Ella Aminuddin (2014).

Menurut Astro Gempak, Idayu turut berkata bahawa, setiap penyanyi ada gaya persembahan tersendiri. Bukan itu sahaja pendengar juga kian berubah mengikut waktu.

“Masing-masing punya citarasa. Kalau tengok komen yang telah dimuat naik oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), ada yang tak suka tapi banyak yang suka.

“Semua cakap sesuailah dengan 2020, tak kan nak lagu lembik-lembik lagi? Saya tak kisah kerana saya nyanyi mengkut genre lagu itu seperti yang dimahukan oleh komposer,” Katanya.

Rata-rata netizen kelihatan agak berang dengan istilah perkataan lembik yang digunakan dan ia kelihatan tidak bersesuaian untuk menggambarkan sesebuah lagu itu.

Lagu lembik mana yang dia maksudkan?

Alan
Sumber: twitter

 

Alan2
Sumber: twitter

Mungkin Idayu tak bermaksud nak memperlekehkan lagu yang sebelum ni?

 

Baca: Ramai Marah Pilih Doraemon Untuk Promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 Tapi Ini Jawapan Menteri

Doremon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.