Sejak semalam, viral di Threads mengenai keluhan pelanggan yang membeli pizza viral milik seorang pempengaruh terkenal.
Difahamkan pelanggan tersebut meluahkan rasa tidak puas hati setelah membeli pizza tersebut kerana kualiti yang begitu teruk dan tidak setanding dengan harga yang dianggap mahal.
Artikel berkaitan : “Saya rasa saya dipergunakan” – Jofliam Respon Isu Hangat Jual Pizza Harga RM150
Artikel berkaitan : Dewi Umum Letak Jawatan Dari Bekerja Dengan Pizza Wagyu Jofliam
Pizza soggy & daging mentah
Dalam satu video tular, pemilik video dilihat menayangkan pizza yang kelihatan soggy sampaikan ia susah untuk dipegang, malah pelanggan tersebut turut mendakwa daging yang terkandung dalam pizza tersebut mentah dan liat.
Malah, dikatakan ia bukanlah kali pertama pelanggan mengalami pengalaman buruk tersebut tetapi ada pelanggan lain yang pernah membuat aduan mengenai makanan lain. Lebih teruk lagi, ketika aduan itu diajukan, peniaga memberikan respon yang sangat tidak profesional.

Menjengah ke ruagan komen ramai netizen meluahkan rasa geram dan ada yang mual melihat keadaan pizza tersebut.
Bagaimanapun masih belum ada kepastian yang sahih tentang siapa pemilik perniagaan pizza tersebut, namun di ruangan komen ramai yang cuba membandingkan produk pizza tempatan lain yang jauh lebih berkualiti tinggi dengan harga yang lebih murah.

Sumber : Threads
