Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin terkini mengumumkan imbasan MySejahtera tidak lagi diperlukan ketika memasuki premis mulai 1 Mei ini tanpa mengira status vaksinasi.
Bagaimanapun, mereka yang didapati positif Covid-19 dan mereka yang masih dalam Home Surveillance Order (HSO) tidak dibenarkan memasuki premis.
Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis mulai 1 Mei 2022. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi. Walau bagaimanapun, kes positif COVID-19 dan mereka yang berada di bawah HSO masih tidak dibenarkan memasuki premis. pic.twitter.com/5wBkHkopdy
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 27, 2022
Selain itu, mereka yang berstatus risiko tinggi juga tidak dibenarkan untuk memasuki sesebuah premis.
Sempena ketibaan Syawal, Khairy juga mengumumkan aktiviti bersalaman dibolehkan dengan syarat memastikan kebersihan dan sentiasa menggunakan pencuci tangan (sanitizer). Mereka yang ingin melakukan aktiviti takbir rumah ke rumah juga dibenarkan tetapi pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.
Baca: [TERKINI] Individu 60 Tahun Ke Atas Boleh Dapat Dos Penggalak Kedua – KJ