in

Cybertroopers BN Dipecat?

Cybertroopers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada angin tak ada ribut, hari ini tetiba kecoh dengan berita yang mengatakan bahawa pekerja kontrak kerajaan telah diberhentikan dengan serta merta bermula semalam (14 Mei). Posting yang viral di Facebook tersebut menerangkan kesedihan pekerja-pekerja yang kehilangan punca pendapatan menjelang Raya nanti.

Tun M amal politik balas dendam?


Perkongsian tersebut jugak pada masa yang sama mengecam pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan mengamalkan ‘politik balas dendam’.

32547750 1331169667013494 7982614233386844160 N
sumber: facebook
32440420 1788261007923438 6954333706207100928 N
sumber: facebook

Namun setelah admin buat siasatan, kami menjumpai beberapa posting yang menjelaskan tindakan mendadak Jabatan Perdana Menteri itu. Lain tak bukan ia adalah kerana mereka bekerja sebagai cybertrooper Barisan Nasional. Emmm biar betul ni?? Cybertrooper pun ada jawatan special dalam kerajaan? 

Tugas mereka hanya untuk kepentingan politik saja

Ini apa yang dikongsikan netizen bernama Adam dalam page Pakatan Harapan (Kerajaan Malaysia):

“Isu Tun berhentikan pekerja kontrak yang berspesifikasi secara serta merta. Memang patut pun mereka diberhentikan kerja kerana mereka dilantik menerusi tiket kuasa politik secara kontrak dan berselindung di bawah unit di Jabatan Perdana Menteri (JPM). 

“EPU (Economy Planning Unit) serta unit lain umpamanya ICU JPM, TEAM PMO, MYKMU di bawah JASA dan lain-lain lagi. Setiap unit dan team ada tugasnya tersendiri yang menjuruskan kepentingan politik sahaja, mereka ini tak ada memberi manfaat kepada rakyat dan negara pun, tapi gunakan duit rakyat untuk membayar gaji mereka.”

Tambah Adam lagi pekerja kontrak ni akan buat tugas cybertrooper dan jadi team kepada ahli politik macam Rahman Dahlan dan lain-lain lagi pemimpin UMNO dan BN untuk sebar fitnah dan propaganda terancang demi kepentingan politik.

“Sekali Tun bertindak, habis berkecai semua cybertroopers satu Malaysia serta sekaligus mengurangkan kos perbelanjaan lebihan negara yang banyak serta membazir itu,” katanya lagi.

Ini jugak antara bukti-bukti yang diberi Adam dan beberapa netizen lain:

Cy 1
sumber: facebook
Cy 2
sumber: facebook
Cy 3
sumber: facebook

Tindakan berhenti tanpa notis dianggap kejam

Namun ada di antara netizen yang merasakan tindakan PM itu agak kejam sebab bulan puasa dan Raya akan datang tak lama lagi. Sekurang-kurangnya mereka ni patut diberi peluang kerja baru supaya dapat sara keluarga masing-masing. Uhuhu kesian jugak!

Kesian 1
sumber: facebook
32533599 1331169620346832 2390483040657735680 N
sumber: facebook

Boleh merayu kepada Pejabat PM 

Berikutan isu ni, pemimpin BERSATU, Rais Hussin minta pekerja awam yang ditamatkan kontrak tanpa notis untuk merayu ke Pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor Malaysiakini.

Menurut Rais, Tun M dah berkali-kali yakinkan mereka yang “memelihara kepentingan negara” akan dilindungi di bawah kerajaan Harapan.

“Pengorbanan mereka dalam berhadapan tekanan dan tidak tunduk pada perilaku yang salah dan pelaku kesalahan menjadi teladan.

“Apa yang perlu mereka lakukan adalah menyuarakan rayuan mereka secara berfakta kepada Pejabat PM dan saya yakin bahawa ia akan dilihat secara positif,” kata Rais.

Untitled Design 7
sumber: blog

Kata Rais lagi, Tun M ialah seorang yang sangat berpegang teguh kepada kata-katanya dan akan melakukan apa yang dikatakannya. Penjawat awam memang sangat penting dalam lancarkan fungsi kerajaan.

Papepun admin doakan semoga mereka yang diberhentikan kerja tu dapat pekerjaan yang lebih baik lepas ni. Tun pasti ada penjelasan baik disebalik keputusannya. Kita tunggu je kenyataan lanjut dari PM. 

Baca: “UMNO tidak boleh ada dalam HARAPAN” 

Page Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.