Sejak PKPB dijalankan, rata-rata rakyat Malaysia khususnya yang duduk bersendirian akan menggunakan perkhidmatan delivery makanan yang di hantar oleh rider-rider ni. Hal ini disebabkan demi mengelakkan daripada jangkitan wabak Covid-19.
Tetapi di sebalik pesanan yang kita order tu, banyak perkara sukar yang mereka lalui sebenarnya.
Menerusi Twitter ssambringbag, seorang rider Foodpanda dia telah kongsikan gambar yang menunjukkan ‘situasi sebenar’ yang mereka lalui sebagai rider penghantar makanan.
https://twitter.com/ssambringbag/status/1259161156536553473
Demi menghantar makanan tepat pada waktunya, mereka ini ada kalanya terpaksa meredah hujan dan banjir malah ada yang sampai accident, tetapi mereka tetap teruskan menghantar pesanan pelanggan.
Min memang tabik dengan dorang ni.
Perkongsian Sam ini telah mendapat 13.8K likes dan apa yang menarik di ruangan komen twitter ini, ada rider lain yang turut kongsikan pengalaman sukar mereka ketika melakukan penghantaran.
“Apa yang depa tahu kenapa lambat…”
Melalui perkongsian mereka ini, rata-rata netizen mendoakan mereka dan berterima kasih atas usaha kerja keras mereka dalam melaksanakan penghantaran.
Semoga semua rider dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Allah SWT
Terima kasih sebab korang la penyelamat kiteorang