Demi menyelamatkan rumah tangga mereka, pelakon, Farid Kamil semalam telah menawarkan beberapa tawaran kepada isterinya, Diana Danielle dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700.
Antara empat tawaran perdamaian yang disenaraikan Farid iaitu sebuah Toyota Vellfire berharga RM225,000; barangan kemas bernilai RM10,700; wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 sebanyak RM40,000, dan bayaran balik pakej umrah sebanyak RM44,000.

Diana tak mahu apa-apa dari suami
Susulan tawaran tersebut, Peguam Syarie Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya hanya mahu satu amaun yang berpatutan serta nafkah untuk dua anak mereka, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8.
Diana juga telah menolak tawaran perdamaian yang dikemukakan Farid dan cuma meminta dilepaskan dengan cara baik, lapor Harian Metro.
Anak guam tidak mahu apa-apa daripada Farid dan dia cuma minta dilepaskan secara baik.
“Cuma satu yang dia minta iaitu Farid tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada dua anaknya selepas mereka bercerai,” katanya.

Akberdin juga berkata, Diana menolak kerana ia tawaran perdamaian untuk mereka kembali sebagai suami isteri.
Anak guam saya mahu bercerai dan menganggap perkahwinan antara mereka sudah berakhir dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
“Terma penyelesaian muktamad ini bukan untuk mereka berbaik semula tetapi ke arah perceraian. Saya sebagai peguam Diana sudah sampaikan kepada peguam Farid semalam.
“Penyelesaian ini kita akan muktamadkan dan kemukakan di mahkamah kemudian,” katanya.
Farid mohon maaf kepada ibu mentua
Dalam pada itu, Farid Kamil menerusi posting di IG story telah membuat permohonan maaf berkaitan kenyataannya kepada media berkaitan pihak ketiga ketika ditemuramah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, semalam.

Menurut kenyataan itu, Farid memberitahu yang dia menarik balik kenyataan yang dikaitkan dengan pihak ketiga itu dan memohon maaf kepada ibu mentuanya, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle.
Terdahulu, Farid ada mendedahkan hubungannya dengan ibu mentua, Norsiah Ramli sudah lama terputus selepas mendakwa Diana menghalau wanita itu keluar dari rumah pada 2019.
Baca: Farid Kamil Dakwa Diana Halau Ibu Kandung Keluar Rumah Pada Tahun 2019

