in

“Cukuplah dedah aib masing-masing” – PU Syed ‘Sound’ Selebriti Dan Bekas Tunang

Ft Pu Syed Tegur Anju 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ramai yang sedia maklum mengenai isu di antara seorang selebriti wanita dan bekas tunangnya yang telah menjadi bualan hangat warganet susulan tindakan mereka mendedahkan cerita ‘dalam kelambu’ di media sosial mereka.

Oleh kerana dua-dua pihak telah bertindak membuka aib masing-masing, pendakwah bebas PU Syed telah terpanggil untuk tampil menasihati tindakan pasangan tersebut.


https://www.instagram.com/p/Co8VYjTOMhZ/

Menurut hantaran yang dimuat naik ke Instagram itu, PU Syed berkata, Allah SWT telah menutup aib hambaNya agar tidak dapat dilihat oleh orang lain namun mereka sendiri yang memilih untuk mendedahkan sisi tersebut kepada umum.

“Nasihat saya kepada artis dan bekas tunangnya yang VIP tu, cukup-cukuplah saling mendedahkan keaiban masing-masing sampai segala perkara aib kalian dikongsi kepada umum.”

“Allah menutup aib seseorang hambaNya sehinggalah manusia itu sendiri membuka aib mereka,” tulisnya di hantaran tersebut.

Pada masa sama, dia berkata cukuplah warganet melihat kisah percintaan pasangan tersebut sebelum ini sehingga mendedahkan keburukan selepas mereka putus.

Syed 620X377 1

PU Syed sempat menitipkan pesanan agar artis wanita itu dan bekas tunangnya meneruskan kehidupan seperti biasa dan bertaubat kepada Allah SWT.

“Cukuplah netizen dihidang dengan gaya haram pergaulan bebas kalian semasa seronok bercinta dulu. Kini janganlah netizen dihidangkan pula dengan rahsia yang tak sudah-sudah didedah saban hari.”

“Teruskanlah hidup kalian, dan bertaubatlah kepada Allah Azzawajjal,” ujar PU Syed.

Terdahulu, pasangan berkenaan dilihat saling membalas hantaran di media sosial tanpa rasa segan silu serta menceritakan segala rahsia-rahsia hubungan mereka.

Hmmm ni macam mana eh?

Baca : “Kepada Allah sahajalah kita serahkan” – Tegur Aurat Isteri Caprice, PU Syed Minta Maaf Secara Terbuka

Pu Syed Minta Maaf Kepada Caprice 1 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.