in

“Cubalah tahan diri dari mengutuk” – Dato’ Fazley Yaakob ‘Back Up’ Peserta TTMM2

Syaz Ft 2026 05 13T153941.275

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan pakar motivasi terkenal, Dato’ Fazley Yaakob akhirnya tampil bersuara susulan tindakan segelintir netizen yang melemparkan kritikan melampau terhadap barisan peserta program realiti Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau memohon agar orang ramai memberikan sokongan positif kepada peserta yang rata-ratanya masih di usia remaja, dan bukannya mengeji sehingga boleh menghancurkan semangat mereka.


Artikel berkaitan: “Dulu masa suami orang…” – Dikatakan Berpenampilan ‘Adik Adik’, Ini Respon Fazley Yaakob

Artikel berkaitan: Selepas 18 Tahun Bersama, Fazley Yaakob Sah Bercerai

 

View on Threads

 

Kritik Membina, Bukan Menghina

Tegas Fazley, beliau tidak menghalang sebarang bentuk kritikan, namun biarlah ia bersifat membina dan tidak bertujuan untuk menjatuhkan mental anak-anak yang sedang bertanding.

“Kritikan membina berbakul-bakul pun tak apa, tapi yang menghancurkan semangat budak-budak tu, mohon dihentikan. Tak suka jangan tengok, tapi kalau tetap nak tengok jangan pulak sengaja cari bahan nak kutuk,” tulisnya.

Lebih menarik perhatian, Chef Selebriti ini turut menggunakan analogi makanan bagi memberi gambaran tentang situasi yang dihadapi oleh para peserta. Menurutnya, setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza dan tidak perlu untuk terus menghukum jika sesuatu perkara itu tidak kena dengan selera sendiri.

Program TTMM2 musim ini sememangnya menjadi perhatian hangat netizen memandangkan ia menampilkan bakat-bakat baharu yang juga merupakan anak kepada selebriti-selebriti terkenal tanah air.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.