Isu mengenai pempengaruh dan usahawan, Abiejam yang meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa bahawa dirinya dihina oleh seorang anggota RELA dilihat menjadi semakin hangat apabila ahli keluarga kepada ‘Akak RELA’ terbabit pula mula bersuara menceritakan kejadian daripada pihak mereka.
Menerusi Threads, pengguna yang dikenali sebagai @rafisyaaa._ yang merupakan kawan baik kepada anak ‘Akak RELA’ ini dan juga anak angkat kepada wanita tersebut ada kongsikan satu kenyataan daripada anak kandung wanita itu.
Artikel berkaitan: Abiejam Dakwa Anggota RELA Bagi ‘Layanan Hina’ Terhadapnya Gara-gara..
Artikel berkaitan: “Mungkin ada salah saya” – Azar Azmi Pilih Berdamai, Mahu Langsaikan Hutang Abiejam
Dalam video tular banyak dipotong
Dalam kenyatan yang diberikan daripada anak Akak RELA tersebut, dia mendakwa bahawa pihak Abiejam (pemandu) bercakap dengan nada kasar terhadap ibunya untuk meletakkan kenderaan di lokasi kejadian sambil meminta Abiejam menunjukkan kad OKU.
Anak kepada Akak RELA juga mendakwa, kejadian yang berlaku dalam video tular itu sebenarnya sudah banyak dipotong dengan bertujuan untuk membuatkan orang ramai salah faham.

Di samping itu, Rafisya juga ada kongsikan kenyataan daripada saksi yang ada di lokasi kejadian yang tampil memihak terhadap Akak RELA.

Jelas Rafisya, niatnya membuat hantaran ini bukanlah mahu memalukan Abiejam, namun tindakan pempengaruh itu dianggap salah kerana tularkan perkara itu demi populariti diri.
“Ibu hanya mengikut prosedur yang ada dan dari awal ibu dah cakap baik-baik kepada drivernya tapi tetap bekeras dan menekan ibu, sokay Allah nampak semuanya ya!”
Bercerita kepada Lobak Merah, Rafisya menjelaskan bahawa keadaan emosi ibu angkatnnya itu sedikit tidak stabil dan tertekan. Akibat penularan kes itu, Akak RELA jadi malu apabila ingin keluar rumah kerana terasa seperti diperhatikan.
“Keadaan emosi Akak RELA agak stress sedikit dan malu orang tengok-tengok bila keluar rumah. Emosi dia memang lah marah tapi benda dah viral kan nak buat macam mana.”
Sumber : Threads
